.
Latest News

Perhatian!!!

Monday, August 17, 2009 , Posted by sunnahmania at Monday, August 17, 2009






Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapatlah saya update blog ini setelah hampir 2 bulan
sepi dari sebarang update. Jutaan kemaafan saya pohon kerana ada yang menunggu-nunggu
update blog ini terutama artikel terakhir tentang manhaj tarjih. Ada hal-hal yang tak
dapat saya elakkan dalam tempoh dua bulan lepas yang sedikit menyusahkan saya untuk
mengupdate blog ini.

Ada yang mencadangkan supaya saya try pilih artikel-artikel yang baik lalu
copy dan paste kan ke blog ini supaya atleas nampak update. Saya tidak bersetuju dengannya
kerana hal ini merupakan cyber palagiarism yang sekarang sedang meluas. Dalam kecanggihan
features dalam blog ini, boleh sahaja kita recommend link instead of copy and paste.
Itulah yang dilakukan dalam sunnah mania ini pada ruangan 'posting terpilih'. Kenapa perlu
copy and paste, walaupun kita bagi credit kepada web atau blog asal, tetapi perbuatan kita
itu hanya menyemakkan storage data-data di server... hehe. Kita juga seolah-olah menunjukkan
banyakknya artikel dalam blog tetapi hakikatnya copy and paste.. hehe. Saya tak berminat
nak buat kerja macam tu. Oleh itu, walaupun makan masa, saya tetap update blog ini dan
ingin berkongsi dengan pembaca insyaALLAH dengan ilmu dan kajian saya tersendiri.Di samping saya memberi link kepada artikel-artikel yang baik di ruangan tersedia.

Dalam update kali ini, sunnahmania memuatkan bahagian terakhir dari artikel panjang
iaitu 'Fayattabi'uuna Ahsanah : Satu Kupasan Metodologi Memilih pendapat (Manhaj Tarjih).
Mudah-mudahan bermanfaat untuk pembaca. Bahagian terakhir ini agak panjang, maka dibahagikan kepada dua bahagian. A dan B. Selain itu ada permintaan supaya saya bukukan artikel ini kerana ia layak dijadikan buku "instead of article". InsyaALLAH saya dan saudara sani
akan menyusunnya dan jadikannya e-book dengan sedikit kemaskini. Saya bercadang juga untuk terbit buku sendiri secara tidak formal insyaALLAH. Supaya artikel ini dapat dibaca dalam bentuk cetakan.

Pada kesempatan ini juga, ada sajak baru yang dihasilkan bertajuk 'Band of Ikhwah'
Sajak ini saya tulis untuk meluahkan akrabnya persahabatan kami semua dalam dakwah ini.
Perasaan kecintaan sesama sahabat ini membuak-buak ketika aktiviti rehlah wida' yang dibuat baru-baru ini di anyer. Sekalung penghargaan buat semua sahabat yang menjayakan dakwah di bumi jakarta ini. Saya dedikasikan sajak ini buat anda semua, termasuk juga akhawat-akhawat sahabiah di dalam perjuangan dakwah ini. Mudah-mudahan ALLAH menyatukan hati kita dan memelihara ukhuwwah kita semua.

Walaupun blog sunnahmania lama tak di update, tetapi YouTube sunnahmania
Selalu diupdate dengan video-video bermanfaat selama dua bulan yang lepas.Sila kunjungi
dan tonton video-video sunnahmania. Terbaru kami mengupload, ceramah Syeikh Hakim semasa di Silaturahmi Du'at MUI yang menyaksikan perdebatan hangat di sesi soal jawab berhubung hadis-hadis dhoif dan palsu. Yang menarik juga tentang Dialog Syeikh Utsaimin dengan para dokter berserta sarikata.
Akhir kata, manfaat buat anda ibadah buat kami. Sila beri kritikan dan saranan
untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti blog ini. Terima kasih.




Currently have 0 comments: