.
Latest News

Pengumuman

Posted by sunnahmania on Monday, June 22, 2009 , under | comments (0)



Assalamualaikum w.b.t. Saya memohon maaf atas kesengangan waktu yang begitu lama utk
update blog ini. Saya personally sangat sibuk 2 minggu lepas. Kehadiran Family saya yang
dicintai ke Jakarta membuatkan saya tidak dapat fokus untuk mengupdate blog.
Disusuli pula dengan ujian bertubi-tubi sesudah itu, agak mengekang saya untuk menulis
artikel tentang metodologi memilih pendapat. Sekarang ini pun saya masih belum mampu
menulis bahagian terakhir dari siri artikel ini kerana otak saya dah penuh dan tepu
dengan maklumat ophtalmology, pediatrics, internal medicine, obstetric&gynecology,
dermatology dan forensic.

Akan tetapi, dengan izin ALLAH kami dapat mengupdate blog ini dengan sedikit celah-celah
waktu yang ada ditengah2 kesibukan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi Ujian Akhir.
Antara update kami adalah, YouTube; kami sajikan pembentangan kertas kerja Dr. Asri lebih
kurang 7 tahun lepas tentang 'Pertelingkahan Sahabat: Antara Ketulenan Fakta dan
Pembohongan Sejarah'. Video ini sangat penting untuk kita ikuti kerana memperbetulkan
persepsi kita terhadap generasi sahabat. Perang dikalangan sahabat ini telah membuat
kekeliruan zaman berzaman hatta ke zaman teknologi maklumat ini. Sewajarnyalah kita
mengetahui kebenaran yg sebenarnya tentang kisah pertelingkahan sahabat, kerana pendirian
kita terhadap kedudukan sahabat dalam agama ini adalah bahagian dari Aqidah Ahlus Sunnah
Wal Jamaah. Di samping itu kami sajikan juga Kuliah Syeikh Yazid tentang Jihad dan
Video Harun Yahya tentang 'Perished Nation'(kaum-kaum yang pupus) untuk kebaikan bersama.
Bersempena dengan tema sahabat ini juga, kami berkongsi 2 buku tentang sahabat Nabi S.A.W
dalam ruangan 'Pearl Of the Week'. Posting terbaru dari kami pula adalah sekadar berkongsi
satu surat yang mengandung beberapa jawapan terhadap soalan-soalan yang timbul kepada
pendakwah yang baru mengenali dakwah ini dan ingin komited dengannya.
Jangan lupa juga posting2 pilihan kami kali ini... Mudah-mudah2an pengunjung mendapat
manfaat. Terima Kasih.

Sekadar makluman, untuk mendownload file dari filefactory, anda hanya perlu mengklik nama file yg ingin anda download , kemudian anda pilih "free download". Setelah itu anda tunggu selama beberapa saat sebelum download. Pihak kami meminta maaf atas kesulitan yang anda hadapi, sebb kami masih belum dapat filesharing yang betul2 sesuai untuk mengupload file2 tersebut. InsyaAllah dr masa ke masa pembaikan akan terus kami lakukan dan sebarang cadangan dan kritikan sangat-sangat kami alukan.

3 Soalan "Past Year"

Posted by sunnahmania on Sunday, June 21, 2009 , under | comments (3)




Assalamualaikum w.b.t. Di sini saya ingin berkongsi ulasan saya terhadap tiga soalan asas bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan usaha-usaha dakwah sunnah ni. Ini adalah surat yang pernah saya tulis kepada 2 orang sahabiah saya atas kekeliruan yang mereka luahkan kepada saya tentang dakwah dan tarbiyyah sunnah ini. Saya merasakan jawapan saya kepada mereka ini ingin saya kongsikan di blog ini dengan nama mereka dirahsiakan. Walaubagaimanapun, saya mohon maaf kerana latar waktu saya menulis surat ini adalah pada pertengahan 2006. Maka adalah satu dua isu yang agak outdated. Di samping itu, saya menggunakan laras bahasa yang santai kerana ini hanyalah surat saya kepada 2 orang teman seperjuangan.

SURAT KEPADA SAHABIAHKU: 3 SOALAN ‘PAST YEAR’ BUAT PENDAKWAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sahabiati A & B,

Maaf pasal jawab dalam kertas je. Saya harap apa yang saya jawab dibawah ni korang boleh faham. Dari masalah yang A ceritakan pada saya, dapat saya deduce 3 persoalan besar. Mudah-mudahan kalau not exactly pun tapi seputar itulah persoalan A.

  1. Macam mana kita nak mengamalkan agama dalam keadaan tak menjadikan masyarakat sekeliling merasakan kita ni terasing?
  2. Macam mana nak buat orang tertarik dengan perwatakan islamic kita instead of diorang rasa tertolak dengan cara kita.
  3. Macam mana nak jadikan dakwah itu bukan sekadar berceramah n bernaqibah je tapi buat orang faham agama dari cara kita hidup.

Subhannallah. Maha Suci ALLAH yang menjadikan setiap dugaan di dunia ada jalan keluar. Saya sebenarnya bila fikir2 balik, soalan seumpama inilah saya pernah bertanya kapada salah seorang Ustaz saya –
Ust Maszlee bin Malik. Masalah macam ini sebenarnya‘masalah2 past years’. Siapa yang rajin tanya orang2 terdahulu dapatlah dia jawapan. Kerana dakwah ni bukanlah kerja yang kita mulakan tetapi ia adalah warisan. Maka orang-orang terdahulu yang telah menceburi sunnah yang besar ini pasti telah melalui masalah yang sama dan menulis penyelesaiannya kepada pewaris-pewarisnya dengan penjelasan2 dari Al-Qur’an dan Sunnah. Saya nak jawab semua tu dengan beberapa point.
  • Alhamdulillah. Seandainya kita merasa terasing dari orang dan orang merasakan kita terasing dari mereka itu dalah satu petanda awal kita telah berada atas track yang benar. Nabi S.A.W bersabda ‘Islam itu bermula dengan ASING dan akan KEMBALI menjadi ASING SEPERTIMANA ASALnya. Maka BERUNTUNGLAH orang-orang yang terasing.’(Hadis riwayat Muslim dalam Shahihnya). Jadi saya melihat ini bukan satu masalah tetapi satu indicator yang baik menunjukkan kita ada ciri-ciri terasing yang Rasulullah sebutkan. Tidak dapat tidak kita mesti beriman dengan hadis ini. Maka orang-orang yang mempraktikkan Islam yang sebenar maka mereka akan dipandang pelik oleh orang sekeliling termasuk keluarganya sekiranya mereka tak tahu. Tidakkah ini merupakan berita gembira kerana Rasulullah menyebutkan bahawa beruntung orang-orang yang macam tu. Bererti kita senasib dengan Nabi kita dan para sahabat-sahabatnya yang awal. Kita mungkin rindu pada Nabi dan ingin membantunya sepenuh jiwa raga seandainya Nabi hidup pada zaman ini. Kalau andainya Nabi ada pada zaman ini dan Islam yang dibawanya pelik, adakah kita akan ikut? Walaupun terpaksa merasakan terasing daripada orang-orang yang kita sayangi? Tetapi Nabi tidak ada sekarang, sekurang-kurangnya dengan berhadapan dengan keterasingan ini membuatkan baginda sentiasa di hati. Bahkan inilah salah satu zahir cabaran daripada Sabda Rasulullah S.A.W ‘Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai ALLAH dan Rasul melebihi anak-anak (family), harta dan dirinya’ (Riwayat Bukhari dalam Shahihnya). Kalau keterasingan itu satu syarat untuk kita dalam mengikut sunnah ini sanggupkah kita terima? Adakah iman kita masih belum sempurna untuk kita meragui ‘kos lepas’ yang harus kita tanggung.

  • Walaubagaimanapun perlu saya ingatkan satu perkara, di dalam hadis riwayat muslim diatas ada perkataan SEPERTIMANA (KAMA – arabnya). Bererti rasa terasing itu mesti timbul disebabkan oleh keyakinan, pemahaman, perasaan dan keperibadian yang sama SEPERTI yang diajarkan oleh Rasul dan difahami oleh para sahabah. Kalau keterasingan itu timbul bukan kerana ajaran Nabi tapi cuma kerana sebab kita sendiri maka kita tidak tergolong dalam orang-orang terasing yang dimaksudkan Nabi. Contoh, kalau orang merasakan kita pelik kerana kita teguh berpegang dalam menjaga aurat maka insyaALLAH kita tergolong dalam orang-orang yang Nabi maksudkan. Tapi kalau kita ni mengada-ada nak mengamalkan atau berperwatakkan sesuatu yang kita sangka menunjukkan keagamaan kita tetapi itu bukan dari perintah Nabi maka tak termasuklah.Contoh, asyik pakai jilbab warna hitam je kononnye minah arab selalu pakai macam tu. Jadi kita ni islamik lah. Nabi tak datang untuk ajar warna pakaian yang sesuai dipakai macam feng shui dok ajar orang pakai warna itu dan ini. Dalam hadis2 shahih bukhari muslim menunjukkan Nabi pakai pelbagai warna. Cuma untuk ihram dan mayat je pakai putih (bukan cadaver). Atau pun orang yang asyik duduk diam, tak bergaul dengan orang, tak bergurau senda lalu orang mengasingkan dia, dia juga tidak termasuk dalam golongan beruntung tu. Nabi bergurau juga seperti dalam hadis shahih bukhari muslim. Dalam sebahagian riwayat dalam Kitab Isabah fi Tamyiz Sahabah karangan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani menunjukkan sahabat ada yang bergurau sambil membaling2 buah-buahan, Umar bergurau bergusti dengan anaknya, dan Aisyah berlumba lari dengan nabi. Jadi tak benarlah kalau kita diasingkan orang kerana perwatakkan-perwatakkan yang bukan dari Nabi S.A.W. Terasing disini benar-benar merujuk kepada keagamaan kita semata-mata.

  • Harus juga saya ingatkan sindrom orang-orang yang baru kenal tarbiyyah sememangnya dia sukar nak bezakan mana yang merupakan tuntutan agama mana yang tidak. Mana yang menunjukkan identiti sunnah dan mana yang hanya budaya dan tradisi atau hanya kebiasaan sahaja.Contoh, orang selalu ingat kalau nak jadi kuat sunnah, bila bercakap mesti cakap ‘ana’,’anta’, ‘akhi’, ‘ukhti’ dsb. Ini menjadikan orang jauh dari kita. Saya pernah berjumpa dengan ikhwah yang tyco2 tapi bercakap sesame diorang guna ‘lu’ dan ‘gua’. Begitu juga dengan pakaian, masuk sunnah kena pakai kopiah, serban dsb. Ini adalah kesilapan. Menjadi tanggungjawab para murabbi menerangkan sunnah agar dapat dibezakan mana yang sebenarnya dituntut dalam agama dan mana yang tidak.Mungkin menjadi kesilapan orang2 macam saya yang seolah-olah memperlihatkan muslim tu kena idle sangat penampilan dan rigid. Itu hanya sifat dan sikap saya bukan dari sunnah. Saya cakap ‘ana anta’pun dengan member yang ada latar belakang sekolah agama dan tahu bahasa arab. Tapi penggunaan kata ‘mahram’ oleh A tu juga tak ada masalah sebenarnya. A lebih kenal family A, sesuai atau tidak A yang tahu. Saya mungkinlah tak dapat selami masalah korang kerana family saya Alhamdulillah ada fahaman sunnah. Saya sangat bersyukur. Dan saya pun kalut juga fikir macam mana kalau terpaksa berhadapan dgn mertua yang agamanya ‘lebih kurang’. So, saya memang salute korang dalam berhadapan dengan masalah ni. Cuma saya pernah cakap dengan mak cik saya pasal aurat tapi saya tak guna perkataan mahram, sebaliknya guna ‘nanti ada lelaki yang tgk’. Krn saya rasa pemilihan itu paling sesuai untuk dia. Adik saya pun tak ada pernah saya guna perkataan bombastic dalam agama, atau menerangkan agama dgn laras tinggi, sebaliknya menyesuaikan dengan keadaan si pendengar. Kerana sunnah itu adalah bercakap dengan manusia menurut kadar akalnya (maksud hadis shahih muslim).

  • Rasa tertolak orang terhadap kita kerana kita mengamalkan agama juga mungkin juga datang dari diri orang yang menolak sendiri. Sesungguhnya diri yang jahil dan dikuasai hawa nafsu tetap merasa Islam itu sesuatu yang hanya sekadar di mulut dan amalan-amalan solat puasa zakat haji je. Tak masuk dalam hati. Jadi totally nak salahkan pengamal agama tak leh juga. Seperti yang difirmankan ALLAH ‘..dan sesekali tidak, bahkan apa yang mereka lakukan menutup pintu hati mereka..’ (83:14). Nabi yang memiliki peribadi yang mulia pun bukan semua yang bertemu dengan Baginda menerima hidayah Islam. Bahkan munafik yang selalu bersama baginda juga sesat sehingga keakhir hayat. Baginda bukan sahaja diASINGkan oleh kaum kerabat dan masyarakat sekeliling bahkan diPULAUkan oleh mereka. Adakah nabi TAK TAHU cara amalkan agama / sebarkan agama sampai tak perlu diasingkan atau dipulau??? Sedangkan baginda menerima wahyu dari EMPUNYA manusia dan YANG PALING MENGUASAI PSIKOLOGI MANUSIA. So fikirkan. Abu Lahab yang berperang dengan baginda itu bapa saudaranya. Abu Talib tu bapa saudara kesayangan baginda. Mengapa mereka semua menolak Nabi??? Nabi tak gheti cara mengamalkan agama? Walaupun dalam sejarah menunjukkan ramai juga yang masuk islam kerana tertarik dengan keperibadian yang didasarkan agama tetapi itu semua kehendak ALLAH. Kita amalkan agama dengan cara yang diajar Rasul. Alhamdulillah, kalau ada orang tertarik mudah-mudahan kita dapat pahala. Tetapi itu bukan satu-satunya cara. Kerana pintu islam itu tidak terletak pada akhlak sesiapa tetapi pada kejelasan akidahnya terlebih dahulu. Saya sendiri dalam pengalaman hidup saya, seseorang yang membenci saya dapat suka saya dalam hanya satu malam kerana tertarik dengan cara saya memuliakan dia sebagai tetamu (tuntutan dari hadis riwayat Bukhari dalam shahihnya). Alhamdulillah. Ada juga yang tertarik kerana saya je yang pegi ziarah dia masa sakit sedangkan, orang lain buat bodoh. Sunnah2 yang tsabit(terbukti) menunjukkan anjuran menziarahi orang sakit. Tapi yang penting amalkan je sunnah. Adapun orang tertarik atau tak itu urusan lain. Kewajipan kita mengamalkan agama dengan kefahaman yang benar bukan untuk orang tertarik dengan kita.

  • Tambahan pula sebagai insan biasa, kita sentiasa ada kekurangan yang menjadikan sebahagian orang selesa dengan kita dan sebahagian yang lain kurang selesa. Tapi pastikan orang-orang yang benar imannya selesa dengan kita. Saya sendiri banyak kekurangan, sikap skema dan serius menjadikan orang tak suka dan tak senang pada saya. Tapi mak saya sangat suka saya macam tu. Dalam keadaan tertentu might be personality macam tu sesuai dan dalam keadaan yang lain tak sesuai. Tapi saya insan yang lemah. Sekadar apa yang saya faham sunnah saya amalkan. Contohnya dalam keadaan umat Islam dibedil dan dilanyak oleh Yahudi di Palestin dan Lubnan, dan dalam keadaan umat islam di Malaysia dicabar akidah mereka menerusi perlembagaan, saya memang serius dan saya tak boleh tunjukkan muka ceria kerana kesedihan dan kemarahan. Tak ada masa nak bincang pasal Siti dengan datuk K ke L ke M ke. Suka hati dialah nak kahwin dengan siapa pun. Bahkan saya menyampah orang membicarakan hal ini dalam keadaan umat islam mempunyai banyak isu lain yang besar dan tragis. Seolah-olah artist tu pejuang kebenaran yang diharapkan kebahagiaannya sedangkan umat islam serata dunia yang tak bahagia tu entah kita doakan atau tidak kita pun tak ambil tahu . Cubalah bayangkan kita bercakap benda macamtu dihadapan Rasulullah?? (This is just my personality and thought y might be ada orang lain yang tak leh masuk. Nothing related to hukum hakam) .So naturally pun kita memang tak perfect. So what do we aspect people to get to know islam JUST through our personality? Maka yang penting di sini adalah risalah yang kita perjuangkan, bukannya diri kita. Dr. Asri pernah mengungkap satu kalimah yang sangat menyentuh hati saya “Dalam berdakwah tak semestinya orang perlu terima diri kita, tapi yang penting adalah orang menerima dakwah dan risalah kita”. So, saya tak pentingkan sangat orang nyambung atau tak dengan saya, yang penting mereka konsisten menerima sunnah ini. Ramai pemimpin yang diri mereka diterima masyarakat tetapi perjuangan mereka tidak disambut rakyat sepeti Abraham Lincoln (Sorryla, saya tak tefikir contoh yang lebih mudah dari tu. Dia dilantik sebagai Presiden Amerika kerana kredibiliti dia, tapi perjuangan menghapus penghambaan kulit hitam ditentang dan dia mati dibunuh). Tapi Margeret Tetcher sebaliknya (bekas perdana menteri Britain yang hanya kekal sepenggal dalam pentadbirannya kerana orang tak berapa senang dengan dia, tetapi rakyat menerima usaha dia membangungkan ekonomi Britain yang dia perjuangkan).

  • Last but not least. Kalau kita semak Al-Qur’an dan hadis2 tidak dinafikan saluran utama dakwah itu terdapat pada lisan. Akan tetapi dakwah itu satu sistem yang besar, mengajar sahaja tak memadai seperti yang saya sebut pasal tarbiyyah tempoh hari. Akan tetapi sememangnya para sahabat dan Nabi berjaya menzahirkan Islam dari sudut perbuatan dan amalan dan kita doakan agar dapat buat macam mereka InsyaALLAH. Jadi pada pengamalan Nabi dan sahabat mereka sudah juga dapat gambarkan tentang Islam. Tetapi dalam kebanyakkan keadaan lisan memainkan peranan. ALLAH berfirman dalam surah An-Nahl ayat 125 ‘Berdakwahlah ke jalan ALLAH dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih sopan..’ Hikmah bermaksud setiap individu tu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerimaan dan pelaksanaannya. (Al-Syeikh Al-Sa’di rahimahallah dalam kitab Taisir Al-Karim Ar-Rahman).Contoh nak dakwah orang mesti mengambil kira keadaan dia – yang miskin diseru bersabar bukannya diajarkan fadhilat2 sedekah. Kefahaman – sekolah rendah dan universiti kadar aqal mereka berbeza. Penerimaan – masyarakat yang runsing dengan akidah jangan bahaskan bab fiqh pula. Anak kecil cara penerimaan berbeza dari besar. Pelaksanaan – Menyeru poligami pada orang yang belum lagi berkahwin pun satu benda yang tak hikmah. Ini just contoh simple. Step by step kita belajar sama-sama ok? Dalam ayat tadi menunjukkan bahawa lisan memainkan peranan yang dituntut. Begitu juga maksud dari kebanyakkan hadis. Jadi tak kenalah kalau kita kata tak nak bernaqibah n berceramah tapi nak sampaikan agama dengan berbuat amal yang menarik orang je. Islam tertegak atas hujjah. Tapi kalau gebang bagi ceramah tapi diri sendiri banyak benda2 basic tak betul pun tak boleh juga. So tak benarlah pandangan A bahawa tak selesa sangat dengan bernaqibah n berceramah je. Dalam persoalan akhlak or fekah boleh lah kita tunjuk contoh. Tapi kalau dasar2 kefahaman akidah nak kaut dari mana? Tajuk At-toriq ila ma’rifatillah (Jalan-jalan Mengenal ALLAH) tu boleh ke korang faham dengan hanya lihat cara saya beramal? Atau mana2 ulama dunia berakhlak. 1000 tahun pun tak boleh dapat melainkan diajarkan ayat ALLAH dan Rasul. Akidah mesti di TERANGkan secara jelas. Bukan dengan harap orang tertarik dengan akidah. Mesti menyeru, mencegah, mengkaji, menjelaskan, membanding, meneliti dan sebagainya. Sama lah, nak jadi doctor tapi juz dengan tengok dosen praktik je tak jadi. Bahkan dalam kebanyakkan subjek dan materi kita terpaksa terkurung dalam kelas untuk mendengar lecture2 yang membosankan macam alat gerak (musculoscletal).Walhal bukannya kita nak ajar patella,ossa dekat pesakit. Tapi proses tu berlangsung macam tu untuk mengubati masyarakat. Samalah dengan agama ni, kena faham bab2 akidah untuk meluruskan amalan-amalan kita agar umat islam ini benar2 terubat dengan seribu satu penyakit yang sedang dialami sekarang.

Sekian saja. Sekadarnya saya sampaikan. Maaf kalau ada bahasa2 ‘direct’ yang mungkin kurang menyenangkan. Malas nak kias2 nanti ga nyambung. Again maaf. Mudah-mudahan terjawab soalan2. Terima kasih. Sekian.

Yang Benar

Holyprinc
e.

Pengumuman!

Posted by sunnahmania on Thursday, June 04, 2009 , under | comments (0)




Assalamualaikum Warahmatullah.
Kepada pengunjung-pengunjung yang dihormati, kami telah menyediakan beberapa lagi ruangan untuk anda seperti ruang Mp3 nasyid dan lagu-lagu nasihat, download ta'lim dan kuliah dari 4 shared dan akan datang kami akan update juga ta'lim dengar langsung dari blog ini disebabkan eSnips ada sedikit masalah sekarang. Mungkin kami akan pindahkan mp3 itu kepada filehosting yang lebih sesuai dan 'ringan'.

Di ruangan YouTube kali ini kami upload video2 istimewa iaitu nasihat dari kibarul ulama' (ulama'2 besar) kontemporari seperti Syeikh Saleh Fauzan, Syeikh Bin Bazz Syeikh Albani dengan sari kata bahasa melayu. Jangan terlepas pandang sambungan artikel metodologi memilih pendapat part 5. Saya sebenarnya, ingin sangat untuk mengulas isu-isu semasa tentang mogok lapar dan LTTE (pejuang tamil ellam) serta artikel yg pernah saya janjikan. Namun selagi artikel ini tidak saya kongsikan dengan pengunjung, kurang lengkaplah usaha saya untuk berkongsi serba sedikit ilmu dan pandangan saya. Hal ini kerana, saya ingin pengunjung menilai tulisan-tulisan saya dengan ilmu dan kefahaman dan bukan emosi. Maka artikel metodologi memilih pendapat ini antara bekalan penting dalam kerangka menilai satu-satu pandangan dan artikel. Saya kongsikan dulu ilmu ini sebelum hal-hal lain. Sebelum ini ada sahaja artikel saya yg mendapat cercaan dan kata-kata biadap yang terpaksa saya tidak approve agar blog ini tidak dicemari dengan comment2 kurang bertamadun seperti itu.

Saya harap penilaian pembaca lebih baik setelah mengikuti siri artikel tentang metodologi memilih pendapat ini insyaALLAH. Sebarang kritikan dan saranan pengunjung sangat dialu-alukan untuk menambah baik blog ini untuk kebaikan bersama. Semoga blog ini dapat terus menjadi amal dakwah kami yang dapat persembah kepada ALLAH dan amal ilmu kita bersama yang insyaALLAH memudahkan jalan kita ke syurgaNYA. InsyaALLAH. Terima kasih atas kunjungan dan dukungan anda sekalian....

Yang mana satu ek? Part 5

Posted by sunnahmania on , under | comments (0)






Assalamualaikum, saya memohon maaf atas kelewatan menyambung artikel ini. Sebelum saya mulai menulis artikel ini yang sebenarnya boleh dijadikan makalah, saya telah pisah-pisahkan perbincangannya kepada 10 Bab pada awalnya bagi memudahkan perbincangan dan saya bahagikan penulisannya kepada 5 Bahagian. Namun, di pertengahan penulisan saya dapati ada 2 Bab penting yang menyangkut metodologi memilih pendapat atau manhaj tarjih ini yang saya tertinggal. Oleh hal yang demikian, saya akan memasukkan perbincangan dua bab tambahan ini sebelum dua bab terakhir yang saya janjikan dalam artikel yang lepas.


FAYATTABI’UUNA AHSANAH: SATU METODOLOGI MEMILIH PENDAPAT
(PART V)

BAB 9: ADA PERBEZAAN YANG HAKIKATNYA VARIASI PENGAMALAN YANG KEDUA-DUANYA MEMILIKI TARAF YANG SAMA.


Persoalan seperti ini tidaklah banyak dalam perbahasan agama. Kes-kes seperti ini hanya menunjukkan variasi satu-satu amal yang boleh dipilih oleh kita. Wujudnya perbezaan pendapat atau ajaran ulama’ dalam hal seperti ini hakikatnya tidak mencerminkan pertembungan pendapat. Di dalam Ilmu Fiqh hal seperti ini dikenali sebagai “Ikhtilafut Tanawwu’” yakni khilaf yang pelbagai. Hal ini berbeza dengan ‘Ikhtilafut mudhaddaat’ yakni khilaf yang bertentangan. Maka dalam bab seperti ini dikenali istilah ‘taghayyur’ iaitu kebebasan memilih. ‘Taghayyur’ secara istilahnya ditakrifkan sebagai kebebasan individu beragama Islam untuk memilih mana-mana pendapat mazhab dan tidak terikat dengan satu Mazhab sahaja (sila rujuk buku Talfiq karangan Ustaz Mazlee Malik). Terdapat beberapa hal yang harus dititikberatkan dalam menyikapi perbezaan seperti ini:

a) Dalil yang menunjukkan adanya perbezaan seperti ini iaitu ikhtilaf tanawwu’ adalah seperti berikut: Perbezaan para sahabat tentang cara bacaan Al-Qur’an

Dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu 'anhu, ia berkata :"Saya mendengar seseorang membaca ayat yang saya pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membacanya berbeda dengan orang itu, maka saya pegang tangannya lalu saya bawa kehadapan Rasulullah S.A.W. Saya laporkan hal itu kepada baginda, namun saya melihat tanda tidak suka pada wajah baginda, dan baginda bersabda.

"Artinya : Kalian berdua bagus (bacaannya), jangan berselisih ! Sesungguhnya umat sebelum kalian berselisih lalu mereka binasa"
(HR Bukhari)


Ulama yang paling baik menulis masalah ikhtilaf tanawwu’ ini dan menjelaskannya adalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah, yaitu ketika beliau berkata : "Ikhtilaf tanawwu' ada beberapa macam, diantaranya adalah ikhtilaf yang masing-masing dari kedua perkataan (pendapat) atau perbuatan itu benar sesuai syari'at, seperti bacaan (Al-Qur'an) yang diperselisihkan itu dicegah oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Kalian berdua bagus/benar (bacaannya)"

Dalil ini menunjukkan bahawa meskipun wujud dua pendapat, kedua-duanya benar dan memiliki kesamaan dalam darjat pengamalannya. Selain hadis ini ada juga
hadis tentang Bani Khuraizah dalan Shahih Bukhari di mana Nabi S.A.W mengiakan dua pendapat para sahabat.

b) Antara khilaf jenis ini adalah macam-macam sifat adzan, iqamah, do'a iftitah, tasyahhud, shalat khauf, takbir ied, takbir jenazah, dan lain-lain yang semuanya disyari'atkan, meskipun dikatakan bahawa sebagiannya lebih afdhal. Jadi memilih yang mana satu pun tidak menjadi masalah, kerana semuanya benar. Ada juga melibatkan khilaf antara ulama’, akan tetapi hujjah mereka masing-masing sangat kuat dan ulama’-ulama’ besar pula berbeza-beza dalam hal ini. Contohnya:
turun ke sujud dari I’tidal, adakah lutut dahulu atau tangan yang dahulu dan penetapan Hari Raya Idul Adha berdasarkan anak bulan setempat atau hari wukuf di Mekah. Maka, dalam hal ini kita tidak boleh berkeras dan taksub dengan satu-satu pendapat dan mengatakan dengan keras sesuatu itu lebih benar dari yang lain dan menghabiskan waktu berdebat tentangnya. Yang harus dilakukan adalah meneliti kebenaran kedua hujjah tersebut dan pilihlah yang mana satu. Boleh sahaja beramal dengan kedua-duanya dengan berganti-ganti juga. Dilarang sama sekali taksub dengan mana-mana ulama’ atau mazhab.


c) Harus diyakini bahawa kesemua dalil untuk pendapat-pendapat itu adalah dari Nabi S.A.W. dan mesti diikuti dan jangan diubah-ubah. Dalam bacaan ruku’ misalnya, kita akan dapati Nabi S.A.W mencontohkan lebih dari satu bacaan. Sebahagian ulama’ boleh sahaja mengetahui bacaan lain dari hadis Nabi S.A.W yang tidak diketahui oleh sebahagian yang lain disebabkan jangkauan mereka terhadap Kitab Hadis dan perawi berbeza-beza. Ada juga amalan-amalan zikir yang tidak spesifik diajarkan Nabi S.A.W, maka kita dapatlah mengambil riwayat dari para sahabat. Misalnya dalam hal takbir raya, Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas bertakbir dengan bacaan yang berbeza. Hal seperti ini bukanlah pertembungan pendapat, tetapi hanya contoh amalan yang boleh kita pilih salah satu daripadanya. Yang penting adalah perbezaan ini mestilah bersumber dari wujudnya hadis-hadis dari Rasululullah yang menunjukkan Baginda sendiri mengamalkan atau mengiakan kedua-dua perbezaan tersebut.


d) Kebanyakan orang masih terkeliru memilih pendapat yang lebih baik dari hadis shahih. Misalnya, terkenal dalam masyarakat kita doa makan versi berikut;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
‘ALLAHUMMA BARIKLANA FIMA RAZAQTANA WAQINA ‘AZABAN NAR
(Ya ALLAH, Berkatilah apa yang kamu rezkikan kami dan jauhilah kami dari api neraka)’
(HR Imam Malik dalam Muwatto’)


Amalan doa sebelum makan di atas ini HANYALAH amalan seorang dua sahabat dan tidak disandarkan pada Nabi S.A.W. Doa ini adalah dari ‘Urwah bin Zubair dan dalam riwayat lain dari Saidina Ali. Hal seperti ini disebut sebagai hadis maqtu’ (terputus dari Nabi S.A.W). Maka kebanyakkan ulama’ mendhaifkan amalan ini. Akan tetapi inilah yang diajarkan dengan meluas di Malaysia. Usatazah yang mengajar tadika saya juga mengajarkan hal ini. Dari sekolah rendah sampai menengah juga inilah ajarannya. Yang anehnya lagi, doa ini hanya potongan dari doa panjang dalam amalan sahabat itu.


Doa sebelum makan yang tsabit (yang jelas disandarkan pada Nabi S.A.W) adalah seperti berikut;


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَطْعَمَهُ اللَّهُ الطَّعَامَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

‘Rasulullah S.A.W bersabda “Sesiapa yang diberi ALLAH makan, lalu dia hendak makan maka doalah ALLAHUMMA BARIKLANA FIHI WA AT’IMNA KHAIRAN MINHU
(Ya ALLAH, berkatilah pada makanan ini dan berilah kami makan yang lebih baik darinya)’
(Hadis Shahih Riwayat Tirmizi)


Saya sangat hairan, dengan lambakan lulusan agama di Malaysia sejak sebelum merdeka dan lepas merdeka ini, kebenaran ini hanya saya ketahui 10 tahun yang lepas apabila menekuni pengajian agama dari ulama’-ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti Dr. Asri, Dr. Radhi, Ust. Rasul Dahri, Maulana Ustaz Asri Yusuf dan yang lain-lain. Alhamdulillah, diharapkan usaha-usaha sunnah ini dapat mencelikkan dari kebutaan nyata seperti ini. Satu lagi keanehan adalah doa iftitah yang diajar di sekolah-sekolah, saya minta pembaca cari sendiri dalil doa iftitah dan anda akan menjumpai sesuatu yang ‘Pelik…. Tapi benar’ iaitu doa iftitah yang diajar dalam PAFA (Penilaian Asas Fardhu ‘Ain) ada satu inovasi doa dari doa-doa Nabi S.A.W yang asal. Versi doa sunnah yang ringkas pula tidak diambil peduli. Itulah nasib Islam di Malaysia.

Maka diharapkan jelaslah prinsip ini iaitu, ada pendapat yang boleh dipilih salah satu kerana kedua-duanya benar dari Nabi S.A.W. Kendatipun, hati-hati dengan sandaran-sandaran yang lemah dan tidak bersumber dari Nabi S.A.W


BAB 10: KELUAR DARI KHILAF ITU DISUKAI


Saya telah berbicara panjang dalam 9 bab sebelum ini tentang pedoman berhadapan dengan kepelbagaian pendapat-pendapat dan perbezaan ijtihad-ijtihad dalam agama. Prinsip berikutnya ini adalah antara yang penting dipegang dan disedari oleh setiap muslim iaitu ‘Khuruj minal ikhtilafi mustahaab’ bermaksud ‘keluar dari khilaf itu disukai’. Prinsip ini disebut banyak ulama’, antaranya Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa. Prinsip seperti ini hanya berlaku untuk kes-kes perbezaan pendapat dalam perihal seseorang boleh meninggalkan sesuatu amalan yang didebatkan para ulama’ status hukum hakamnya. Contohnya banyak. Saya bawakan sebahagiannya tanpa perincian dalil kerana bukan di sini untuk dikupas dalil-dalilnya:


a) Persoalan isbal yakni pakaian lelaki yang melebihi buku lali (malleolus bahasa anatominya). Telah jelas hadis Nabi S.A.W melarang lelaki memakai pakaian, sama ada seluar ataupun jubah melebihi buku lali. Akan tetapi ulama’ berbeza pendapat, adakah larangan ini mengandung sebab (terminology feqahnya- ‘illah) iaitu mengelakkan kesombongan. Adakah larangan ini bersifat menghindarkan kesombongan ? Adakah kerana adat budaya arab pakaian melebihi buku lali membawa kesombongan? Persoalan seperti ini tidak mendapat jawapan yang putus. Akan tetapi seseorang boleh sahaja keluar dari khilaf ini dan tidak mengenakan pakaian yang melabuh di bawah buku lali. Hal ini menghindarkannya dari terjebak dalam khilaf ini. Namun jika dia harus kenakan pakaian yang melabuh ke bawah buku lali seperti pakaian seragam dan pakaian keselematan maka tidak menjadi masalah jika di memilih pendapat yang membolehkan isbal.


b) Penggunaan tasbih (untaian biji-biji an) untuk menghitung zikir. Dalam persoalan ini ada dua pendapat, ada yang mengatakan tasbih itu sama sekali perkara baru (bid’ah) dalam agama dan ada yang berpendapat tasbih itu hanya alat atau media mengira zikir. Pendapat yang kedua ini menggunakan dalil dari amalan seorang dua sahabat dan ulama’ salaf yang menghitung zikir dengan biji kurma. Tasbih ini tidak ada nilai dari sisi syara’ tetapi hanya medium menurut mereka. Pendapat yang pertama pula membantah keras pendapat yang kedua. Meskipun kedua-duanya memiliki sandaran hujjah, namun lebih baiklah bagi seseorang keluar dari perdebatan ini dengan berzikir menggunakan ruas jari seperti yang disabdakan Nabi S.A.W dalam Hadis Hasan Riwayat Imam Tirmizi. Hal ini disebabkan, kedua-dua pihak sepakat mengatakan berzikir dengan jari adalah sunnah, tetapi berbeza dalam hal tasbih. Adalah baiknya kita ambil sahaja bahagian dari amalan ini yang disepakati sunnahnya.

c) Pengharaman alat muzik dan nyanyian juga mengundang polemik yang tidak berkesudahan sejak dari zaman salafus soleh sehingga hari ini. Sungguhpun majoriti Ulama’ (jumhur ulama’) mengharamkan alat muzik dan nyanyian, masih terdapat hujjah-hujjah yang kuat mendokong pendapat bolehnya mendengar nyanyian dan irama dari alat muzik. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya ‘Al-Ma’azif’ dan ‘Al-Halal wal Haram’ menyebutkan sejumlah dalil dan hujjah tentang dibolehkan nyanyian dan alat muzik. Hanya bagi seseorang, keluar dari khilaf adalah baik dan mengambil pendekatan meminimalkan mendengar muzik dan nyanyian yang tidak berfaedah, dan beralih kepada mendengar Al-Qur’an dan berzikir kepada ALLAH dan juga digalakkan mendengar nyanyian-nyanyian nasyid serta lagu-lagu bermanfaat adalah lebih disukai. Hal ini disebabkan tidak mendengar nyanyian dan menggunakan alat muzik disepakati tidak menjadi masalah. Akan tetapi, mendengar nyanyian itulah yang menjadi persoalan. Oleh hal yang demikian lebih baik bagi mania-mania lagu yang hampir setiap hari menjadi lagu sebagai zikirnya dan alunan lagu sebagai ‘Qur’an’nya beralih kepada zikrullah dan alunan Al-Qur’an yang nyata. Mendengar muzik dan nyanyian yang tidak bermanfaat juga bahagian dari perkara lagho yakni sia-sia dalam agama. Kalau nak dengar pun, pilih-pilihlah yang berunsur manfaat seperti nasyid atau lagu-lagu nasihat dengan harapan kuranglah jurang khilaf dalam hal ini.

Saya mengharapkan dua bab yang dibahaskan kali ini bermanfaat buat pembaca sekalian. InsyaALLAH sesudah ini saya akan sambung bahagian akhir dari siri perbincangan ini insyaALLAH. Terima kasih.

Ya Rasulullah, kenapa dunia?

Posted by sunnahmania on Wednesday, June 03, 2009 , under | comments (0)




Ya Rasulullah...Kenapa dunia..

Ku tuliskan sajak ini bukan untuk dibaca,
Oleh insan yang kabur arus hayatnya,
Bukan juga untuk ku hayati,
Di saat diriku ditipu penuh dramatis,
Oleh dunia yang hakikatnya fana’,

Sajakku ini,
Sekadar meluahkan gejolak rinduku,
Padamu wahai Rasulullah,

Andainya engkau di sisi,
Ingin ku muntahkan sisa-sisa dunia,
Yang tidak dapat dicernakan imanku,
Agar bermanfaat untuk rohku.

Ya Rasulullah,
Aku rindu padamu,
Wahai Insan Termulia,
Engkau permata pilihan.

Ya Rasulullah…
Ku tahu,
Telah kau tuturkan hakikat dunia,
Namun,
Masih ingin daku bertanya,
Kerana cahaya penghayatanku..
pada sabdamu masih kelam…

Ya Rasulullah,
Mengapakah kurasa sering ditipu dunia?
Dunia ibarat drama penuh sindiran,
Terhadap keteguhan prinsip keimananku,
Bila kuhalau,
Ia umpama anjing yang mengejarku,
Bila ku panggil,
Ia umpama lalat yang bertebaran,
Tidak dapat kugenggam walaupun satu.

Ya Rasulullah,
Alangkah indahnya jika kau bersama,
Agar dapat kubulatkan cintaku,
HANYA untuk ALLAH dan dirimu,
Alangkah bahagia jika kau di sisi,
Agar dapat kusasarkan niat amalku,

Putus HANYA untuk ALLAH dan dirimu.

Ya Rasulullah,
Cintaku pada manusia,
Sering mengundang kecewa,
Tanpa sebab dan punca,
Seolah-olah hanya satu yang telah disunnahkan,
Agar manusia tidak menyandarkan diri pada cinta dunia,

Namun,
Ya Rasulullah,
Ramai yang buta dari kebenaran ini,
Juga diriku……

Holyprince