.
Latest News

Pengumuman!

Posted by sunnahmania on Monday, April 27, 2009 , under |







Assalamualaikum w.b.t.

Menjelang minggu-minggu peperiksaan ini agak menyusahkan saya untuk menulis artikel-artikel untuk dikongsi. Saya berharap pengunjung tidak jemu mengunjungi blog ini. Saya mempunyai rencana terdekat ini untuk post artikel ttg metodologi dalam memilih pendapat agama. Setelah posting ini, maka insyaALLAH akan menyusul artikel saya tentang 'Ketaatan Kepada Pemerintah: Perintah Dari Langit'. Saya memilih untuk berkongsi metodology dahulu supaya orang tidak mudah mengatakan 'aku mengikut fatwa hati' dalam memilih pendapat.

Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut Ilmu tak jemu, ikut iman, aman


InsyaALLAH saya akan kupas juga ttg situasi negara sekarang pasca AGM UMNO, "Demokrasi: Antara pertempuran ideologi dan kuasa" Mudah-mudahan ALLAH memudahkan saya untuk terus berdakwah.


Alhamdulillah, kali ini kunjungan mencecah
1000 per minggu. InsyaALLAH kami akan terus mengupdate blog untuk kepentingan bersama. Kami telah mewujudkan ruangan baru untuk koleksi Mp3 Dr. Asri tentang Shahih Bukhari bagi yang terlepas mendapatkan kuliah-kuliah ini. Hal ini disebabkan kuliah ini adalah kuliah di sekitar lembah klang sejak tahun 2003. Kami juga mempertimbangkan untuk mewujudkan ruangan forum untuk diskusi isu-isu semasa dan ruang soal-jawab InsyaALLAH jika dirasakan perlu. Terima kasih atas sokongan semua pengunjung blog sunnahmania. Semoga ALLAH memberikan Taufiq dan Hidayah.. amin! 'Sebarang kritik dan saran diharap dapat diemailkan kepada kami.

Editor


Penghalang2 dalam Ma'rifatillah

Posted by sunnahmania on , under | comments (0)





Alhamdulillah, kami telah uploadkan MP3 ta'lim ABC yang terbaru , iaitu "Mawani' Fi Ma'rifatillah". Setelah membincangkan tentang jalan mengenal ALLAH, ta'lim lanjutan ini mengupas pula penghalang-penghalang yang timbul dalam menjejaki jalan menuju ALLAH dan hal-hal yang menyebabkan manusia tersasar dalam memilih jalan agama ini. Ta'lim ini menjelaskan hal yang paling dasar dalam mengetahui kewujudan aliran-aliran sesat dan sikap2 umat ini yang dianggap menyimpang dari jalan salafus soleh. Ta'lim ini juga akan memahamkan pendengar tentang siapakah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah insyaALLAH. Penyebab-penyebab manusia terhalang dari sampai kepada darjat ibadah yang diterima disisi ALLAH dapat dibahagikan kepada dua penyebab utama yang digelar (مرض) iaitu penyakit; Penyakit syubhah atau syak (مرض الشبحة) dan penyakit syahwat (مرض الشهوة). Justeru, ta'lim ini ada dua bahagian. Pada kali ini, ta'lim ABC mengupas tentang bahagian pertama iaitu penyakit syubhah. Anda juga boleh memmbaca parody perbincangan ini dalam blog dr Razi yg mengumpamakan penyakit ini dalam laras bahasa perubatan dgn tajuknya 'Why Can't We KnowGod. Part I & II' (Sila klik di judul). Seperti biasa, bagi yang berminat boleh mendengar langsung dari ruangan MP3 yg telah disediakan ,atau boleh juga mendownload dengan menekan "track detail" pada playlist tersebut. Nantikan sambungan bahagian kedua. InsyaALLAH, Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat.





Khurafat

Posted by sunnahmania on Tuesday, April 21, 2009 , under | comments (0)





"Feng shui? Mandi bunga? boleh ke amal? Betul ke baca SurahYusuf ketika hamil anak jadi handsome?"








Ikuti siri ta'lim berikut bro. Nasim tentang membongkar amalan khurafat dan cara-cara mengenalpasti apa sahaja amalan atau pemikiran khurafat. Mudah-mudahan kita semua diberi hidayah oleh ALLAH untuk menjauhi amalan yang dapat membawa kepada syirik ini. Anda boleh mendengar MP3 secara langsung atau mendownloadnya diruangan mp3 yang telah disediakan,selamat mendengar.

Siapa Nasim??

Posted by sunnahmania on Sunday, April 19, 2009 , under | comments (0)



Siapa Nasim?
Siapa Nasim,
Hanya insan biasa,
Berlegar di alam buana,
Mengharungi hidup merentas usia,
Seorang yang terlebih sasa,
Suka bercanda,
Secara fitrahnya,
Sama dengan anda semua,


Tapi,
Nasim ini,
dahulu tertipu agamanya,

Ditindas pemikirannya,
Dibelenggu kebebasannya,
Ditahan dari mendengar Firman Tuhannya,
Di elak dari menghayati sabda Rasulnya,


Nasim ini,
Dahulunya ditambat dengan taqlid,
Buta kerana kejahilan,
Dihimpit dengan tradisi,
Hangus kerana semangat yang tidak tahu asal membaranya
Terpenjara dengan fanatik,


Nasim ini,
Ingin mencari kebenaran Agama,
Memperjuangankan kebebasan mengikut Sunnah,
Memartabatkan pemikiran yang Haq dari salaful ummah,
Sanggup bergelut asalkan dapat mendengar langsung Firman ALLAH,
Rela bergulat asalkan dapat menghayati terus sabda Rasulullah,


Nasim ini,
Ingin merungkai taqlid dengan ittiba’,
Mencelikkan mata dengan ilmu,
Meluaskan lapangan hidup dengan Islam yang murni,
Menyalakan api perjuangan dengan wahyu Ilahi,
Memboloskan diri dari penjara fanatik kepada pemahaman yang suci.

Nasim ini,
Bukannya nama seorang insan semata,
Tapi tamsilan ummat sebahagiannya,
Salahkah Nasim ini menyelamatkan orang lain,
Dari terus menjadi ‘nasim’ dulu kepada ‘nasim’ sekarang?

Jika ini tamsilan Nasim?
Siapakah pula engkau???
Wahai …..! (nama seorang manusia yg pernah mempertikai usaha dakwah aku dgn perkataan siapa nasim ni (utk bawa dakwah)? )

By Holyprince

Jalan kepada mengenal Allah

Posted by sunnahmania on Friday, April 17, 2009 , under | comments (0)


1000!

Posted by sunnahmania on Wednesday, April 15, 2009 , under |






Alhamdulillah dah 1000 kunjungan ke blog ini setelah 2 minggu, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan tidak menyangka sambutan agak hangat dengan purata 500 kunjungan per minggu. Kebanyakkan respon dari kenalan saya sangat mendokong kewujudan blog ini dengan features yang menarik disusun oleh saudara Sani. Kita ada link ke blog-blog terpilih, rakaman audio kuliah-kuliah para Ulama’ dan pearl of the week yang memuatkan recommendation kitab-kitab terpilih dalam format e-book. Selain itu, atas permintaan anak-anak usrah@halaqah saya di Jakarta dan juga bekas-bekas anak halaqah di negara-negara lain, saya muatkan juga rakaman audio ta’lim saya yang saya gelarkan ta’lim ABC untuk mengenal Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Yang terbaru, kita juga dah buka akaun dalam YouTube. Oleh itu, dari sunnahmania akan mengupload video-video pilihan yang bermanfaat untuk semua. Semoga pengunjung mendapat manfaat dari blog ini. Sebarang kritik dan saran boleh diemailkan kepada saya ataupun akhi sani. Nak letak di shout box pun boleh. Saya juga ingin menekankan bahawa saya dan sahabat-sahabat saya yang terlibat dalam perjuangan sunnah di Jakarta ini bukanlah pendokong mana kumpulan dan parti politik. Kami hanya ingin menjayakan misi mengembalikan kita semua kepada pengamalan Islam Yang Asal. Maka jangan hairan kalau artikel-artikel yg dipost atau terpilih kejap favour kerajaan, kejap favour pembangkang. Sebenarnya, kami ingin favour apa yang diajar ALLAH dan Rasul. Kami doakan agar kami dan pengunjung mendapat hidayah dari ALLAH.. ok ini je .Terima kasih atas dokongan pengunjung dan harap terus menyokong kami dalam menyebarkan manhaj salafus soleh…



editor

YB NGA KOR MING, SILALAH BACA AL-QUR’AN

Posted by sunnahmania on , under | comments (6)





YB NGA KOR MING, SILALAH BACA AL-QUR’AN
(for English version, please click the box below)




Assalamualaikum w.b.t. Saya tertarik dengan isu UMNO ingin menyaman YB Nga Kor Ming hanya kerana beliau melafazkan Al-Qur’an dalam sebuah majlis. Mari kita nilai hal ini dari beberapa sudut.

BAB 1: Dalil dan hujjah bolehnya orang kafir membaca atau melafazkan Al-Qur’an

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة: ريحها طيبٌ وطعمها طيبٌ، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن كمثل التمرة: لا ريح لها وطعمها حلوٌ، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن كمثل الريحانة: ريحها طيبٌ وطعمها مرٌ، ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة: ليس لها ريحٌ وطعمها مرٌ متفقٌ عليه
Maksudnya ‘ Dari Abu Musa Al-‘Asy’ari RA berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, “ Perumpamaan seorang Mu’min yang membaca Al-Qur’an seperti Utrujah (Sejenis Buah), Baunya harum dan rasanya enak, dan perumpamaan seorang mu’min yang tidak membaca Al-Qur’an seperti tamar, tidak ada bau tetapi rasanya enak, PERUMPAMAAN SEORANG MUNAFIQ YANG MEMBACA AL-QUR’AN SEPERTI RAIHANAH, BAUNYA HARUM TETAPI RASANYA PAHIT dan perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Qur’an seperti Hanzalah (sejenis buah menyerupai jeruk), baunya tiada, rasanya buruk. – Shahih Bukhari dan Muslim.


Orang munafiq masuk kategori kafir. Namun, dalam hadis di atas tiada larangan pun mereka membaca Al-Qur’an. Akan tetapi, disebabkan tiada iman bacaan Al-Qur’an mereka itu disifatkan buruk. Ada sahaja amalan-amalan munafiq yang dilarang, sungguhpun manusia tidak tahu siapa munafiq dari kalangan Islam. Banyak amalan-amalan munafiq ini yang mereka kerjakan dalam keadaan menanggung dosa. Contohnya munafiq yang membina Masjid sehingga ALLAH perintah untuk runtuhkan. Silah lihat Surah At-Taubah (9: 107). Namun, dalam urusan bacaan Al-Qur’an tiada larangan. Jika munafiq yang lebih hina dari kafir pun hanya disifatkan sia-sia melafazkan Al-Qur’an, inikan pula seorang kafir yang mungkin juga hatinya telah dekat dengan Islam maka lebih lagi dipersilakan. Cuma, kita katakan sudah tentu tiada ganjaran pahala dan ayat itu tidak akan berbekas kepada hatinya selagi iman tidak tumbuh.

Bab 2 : Tercela dan ditegur jika seorang kafir membaca Al-Qur’an bertujuan menghina dan mempermain-mainkan ayat ALLAH

Sangat dilarang jika seseorang, tidak kira kafir atau Islam sekalipun untuk membaca Al-Qur’an bertujuan untuk menghina Islam atau ayat-ayat ALLAH. Firman ALLAH S.W.T.

…. وَلَا تَتَّخِذُوا آَيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا…
Maksudnya ‘… dan janganlah kamu mengambil ayat-ayat ALLAH sebagai mainan…’ (Surah Al-Baqarah 2:231)

Selagi mana seseorang tidak jelas memaki hamun ayat ALLAH atau mentertawakannya atau memandang enteng maksudnya maka dia bebas dari tuduhan mempermain-mainkan ayat ALLAH. Adapun spekulasi yang mengatakan YB Nga Kor Ming ingin memancing undi Melayu, itu urusan dia dengan ALLAH. Zahirnya dia membacakan ayat ALLAH, apa yang terselit dalam hatinya antara dia dan ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH memberi hidayah kepadanya untuk menerima Islam. Jika dia berniat buruk dengan ayat ALLAH biarlah ALLAH yang menjatuhkan hukuman. Hal ini disebabkan tiada larangan pun dia membaca ayat ALLAH asalkan tidak menghina dan mempermain-mainkannya secara zahir.

Bab 3 : Janganlah siapa pun bertindak menjauhkan seseorang yang ingin dekat dengan Islam dengan tindakan- tindakan yang menyimpang dan tidak dituntun dalam syara’


Saya telah banyak memerhatikan sikap orang Islam yang sentiasa menggelabah apabila ada isu-isu membabitkan orang bukan Islam terlibat dengan perihal orang Islam yang mana isu itu tidak besar dalam agama dan tidak juga menjadi perkara yang harus diperjuangkan. Misalnya, isu orang kafir tak boleh makan daging korban, tak boleh masuk masjid dan tak boleh menerima zakat. Walaupun hal ini ada khilaf dikalangan ulama’, ulama’-ulama’ yang mengizinkan juga telah membawa sejumlah dalil dan penjelasan yang kuat sehingga pendapat ini lebih munasabah dan memenuhi maslahat masyarakat pelbagai kaum. Namun, bila urusan bagi tanah kepada kaum Cina sehingga buat tempat judi tidak pula digembar-gemburkan. Apabila memberi tampuk pemerintahan kepada orang kafir sedangkan masih ramai orang Islam yang dapat memerintah dengan adil juga tidak menjadi isu.

Di Pulau Pinang, ada pusat informasi Islam yang bertempat di dalam Masjid Kapitan Keling. Pusat ini bahagian daripada pelancongan kerana Masjid Kapitan Keling dianggap warisan negara. Pernah jadi isu sehingga hampir ‘tumbuk-menumbuk’ di kalangan pendakwah dan pengurus masjid hanya disebabkan pengurus masjid tidak izinkan sejumlah pelajar Cina untuk masuk kawasan masjid mendapatkan penjelasan tentang Islam kerana mereka bukan pelancong. Saya juga pernah menyaksikan bagaimana seorang amah yang datang meminta perlindungan di Masjid ALLAH ini daripada kekejaman majikannya dihalau keluar dengan kejamnya oleh orang-orang yang berada di masjid hanya kerana wanita itu tidak menutup aurat. Kalau ia pun cakaplah dengan baik. Maka tidak hairanlah orang-orang ini lebih dekat dengan gereja-gereja yang lebih terbuka kepada orang-orang yang ingin mendekati dan mengenali ajaran mereka. Kalau kita nak bertegaskan sekalipun, biarlah dalam urusan yang disuruh agama.

Kesimpulannya, menurut pandangan sebahagian ulama’ hadis di atas adalah sebahagian dalil yang membolehkan orang kafir membacakan Al-Qur’an asalkan tidak bertujuan buruk dan memperlekeh Al-Qur’an. Kepada orang-orang UMNO, sudahlah tu… Nak berbalas-balas isu dengan pembangkang pun janganlah sampai ambil isu-isu yang seperti ini. Adakah anda sendiri malu tak tahu nak bacakan ayat-ayat ALLAH di majlis-majlis? (Mungkin juga UMNO takut kena tuduhan macam saya di shout box; menggunakan ayat-ayat ALLAH suka hati…huhu) Kepada YB Nga, pedulikan orang-orang yang nak saman ni. Saya doakan YB diberi hidayah oleh ALLAH. Akhir kata, sesiapa yang nak berkongsi dan berdiskusi hal ini dengan saya sila buzz saya di YM atau hantar ke alamat e-mail saya holyprince_kik2020@yahoo.com. Jika saya tersilap apa-apa, sila beri teguran. Terima Kasih.

Jawapan Terhadap Komen Rakan Saya

Posted by sunnahmania on Tuesday, April 14, 2009 , under | comments (0)



Assalamualaikum,

Posting saya yang lepas mengenai politik telah mengundang pelbagai reaksi. Alhamdulillah banyak yang positif dan tidak menempuh jalan orang-orang khawarij yang telah terkenal menjatuhkan kerajaan-kerajaan ummah Islam sejak zaman Saidina Ustman R.A. Tidaklah saya menulis rencana itu untuk meng’halal’kan semua penyimpangan dari kerajaan. Oleh sebab rencana itu bertujuan untuk mengingatkan pembaca bahawa terpengaruh dengan taktik pembangkang dalam urusan menjatuhkan kerajaan Malaysia, maka saya tidak mencatumkan apa sahaja hal keji yang dilakukan kerajaan. Ingin saya ingatkan juga, saya tidak bermasalah dengan mana-mana mahasiswa khususnya di Ukrida, tidak kira mereka penyokong kerajaan atau pembangkang.

Saya tidak ingin memanjangkan perdebatan isu ini. Saya cuma ingin menjawab komentar seorang rakan saya atas isu lepas saya tentang 4 strategi songsang pembangkang. Saya sedar isu ini tidak ada sudahnya jika hendak didebatkan, tidak kiralah isi-isi perdebatan itu matang ataupun tidak. Apalagi, isu ini sering dibahas mengikut perasaan dan emosi. Kesimpulan besar saya, bukanlah ‘Kerajaan Malaysia sekarang SANGAT BAIK dan MAKSUM’ tetapi ‘Kerajaan Malaysia sekarang bukanlah kerajaan yang layak ditumbangkan menurut syari’at dan strategi-strategi pembangkang yang kearah itu sangat membimbangkan’. Ada juga yang menganggap saya bukan ahli dalam agama dan hal ini semua hanya pendapat saya. Terpulanglah, ini blog saya, saya tulislah pendapat saya. Pendapat anda juga adalah hak anda. Kita akan pulang kepada ALLAH membawa amal kita, biar ALLAH yang nilai siapa yang telah bersama dengan hidayahNYA.

Berikut adalah komen-komennya terhadap isi-isi saya:

Komen terhadap tindakan pembangkang menghasut rakyat membenci media-media arus perdana:

"Sekarang bukan zaman 70-80-an lagi.. bukan zaman kita terima bulat2 apa sahaja hujah dan berita dari mana2 mediapun.. Rakyat terbanyak sudah pandai dan boleh berfikir.. Jika tidak mahu mereka lari dan pandang negative pada media arus perdana; menurut aku senang je.. jangan banyak mengampu dan siarkan berita dari sebelah pihak sahaja.. beri ruang kepada pihak yang satu lagi"

"Siapapun dengan sendirinya akan naik muak dan bosan jika hari-hari media arus perdana menyiarkan tuduhan pada pihak pembangkang; tapi malangnya tidak beri mereka peluang utk menjawab balik di TV. Surat akhbar merekapun ditarik balik permitnya.. apa cerita ni??? Nasib baik DS Najib baru naik jadi PM, kena buat baik r; terima kasih DS Najib... So jangan salahkan rakyat utk cari input tambahan di blog2 agar mereka dapat buat penilaian dgn rasional.. Sekali lagi zaman sudah berubah...."

Jawapan saya:

  • Artikel ini ditulis supaya rakyat sedar kita dah di alaf baru, bagus tak nak terima bulat2 dari akhbar arus perdana, tapi jangan pulak pergi terima bulat2 akhbar pembangkang. Jika tidak,sama teruk juga dengan rakyat 70-80an (seperti didakwa kawan saya ini)
  • Mudah-mudahan rakyat satu hari akan naik BOSAN dan MUAK juga dengan akhbar pembangkang yang hari-hari ampu pemimpin pembangkang dan kutuk kerajaan.
  • Artikel ini ditulis supaya orang sedar jika nak cari blog2 boleh je, tapi hati-hatilah jangan sampai ingat lidah pembangkang macam lidah Rasulullah, ‘jadi kafir’ kalau tak percaya

Komen terhadap isu kehakiman yang saya bangkitkan. Panjanglah pulak untuk copy dan paste: Saya bahagikan sahaja:

"Keyakinan kepada system kehakiman dan keselamatan sangat fatal dalam sesebuah Negara. Jika rakyat sendiri waswas, apatah lagi dengan pelabur2 asing. Sebagai catatan, banyak pelabur luar yg membuat perjanjian perniagaan mereka di negara2 luar seperti di Singapore dan Hong Kong kerana kurang yakin dgn sistem kehakiman di Negara kita; so siapa yg kita nak salahkan??"


Jawapan saya:

Krisis kehakiman kononnya bermula zaman Tun Mahathir lagi. Pelaburan pesat je zaman Tun Mahathir. Rakyat selama ini hidup bahagia je pun. Memanglah ada masalah. Bagi saya, krisis kehakiman di dunia ini tetap tidak akan baik jika tidak kembali kepada sistem kehakiman Islam. Mudah-mudahan ALLAH beri hidayah kepada pemimpin-pemimpin negara supaya mengambil sistem ini. International Criminal Judge pun bias kepada Yahudi, contohnya mereka sanggup nak dakwa presiden Sudan atas jenayah perang, tapi Shimon Perez, presiden israel lepas je… Rakyat dunia patut berasa tak yakin dengan bumi ini… Cari planet lainlah ( Wise should get what I meant from the joke) Apa pun, Rakyat dan Pelabur asing terkesan dengan propaganda-propaganda pembangkang, sebab tu diorang lari keluar. Pembangkang pun boleh harap sangat ke dalam mengubah kerajaan yang dianggap buruk ni. Belum 1 tahun memerintah, dah jadi macam2 hal. Ada yang kene tangkap atas tuduhan rasuah mcm bekas TKM Pulau Pinang ( Uish, silap. Diorang TAK AKAN BERSALAH SAMPAI BILA-BILA KERANA DIORANG PEMBANGKANG, KALAU KERAJAAN, BARU DENGAR GOSSIP JE, DAH CONFIRM SALAH) Hehe. Sila lihat video ini. Pengakuan bekas ahli PKR.
Saya teringat kawan saya kata “ PKR ini baru lagi, tak tau macam mana nak ambil rasuah. UMNO dah lama pandai. Sebab tu PKR banyak awal2 lagi dah kena tangkap atas tuduhan rasuah. Dua kali lima. Choose lesser of two evils” – ni pendapat dia.

Komen dia tentang kes Kugan, Altantuya dan sebagainya.

Jawapan saya:

Saya tak mahu komen lanjut. Mudah-mudahan ALLAH memenangkan yang benar. Cuma kalau hanya kes-kes ini, dah wajarkah nak tumbangkan kerajaan? Saya akan jawab ini dalam artikel saya ‘ Ketaatan dan Kesetiaan kepada Kerajaan Muslim, Perintah dari Langit’. Apa pun hujah-hujah yang kawan saya cakap ini tidak ada kaitan langsung dengan statement saya yang bertujuan supaya orang ramai tidak menganggap setiap tuduhan atas pembangkang semuanya salah,dan tuduhan terhadap kerajaan semuanya benar… Itu sahaja. Bukannya saya me’maksum’kan sistem polis dan hakim. Dia pun setuju ada lagi polis dan hakim baik. Kalau nk kata banyak tak baik, ada bukti ke nisbahnya? Understand the issue first.

Komen tentang taktik pembangkang membangkitkan isu-isu berhubung kontrak sosial.

Jawapan saya:

Kawan saya ni seolah-olah mengatakan kerajaan yang tak berpegang kontrak sosial dengan pelbagai contoh-contoh sampai isu tulisan jawi pun ada. Saya nak tengok jugaklah ‘Suara Keadilan versi jawi’ lepas ni (uupss… lupa plak. Nanti kena letak versi Mandarin dan Tamil pulak). Isu-isu ini tak berbaloi untuk ditelagahkan secara politik. Mungkin kotrak sosial yang difamami rakan saya lain dengan yang saya maksudkan. Saya malas nak jawab panjang-panjang. Sila lihat link di bawah:
chedet

Kalau isu selamatkan bahasa melayu berhubung dengan perjuangan pembangkang menentang PPSMI.
Jawapan saya:
Saya rasa tidak ada jawapan yang lebih baik daripada jawapan Tun Mahathir.
PPSMI 2
PPSMI 1

Komen tentang isu rampas-rampas kuasa. Rakan saya tu rupanya tidak bersetuju dengan DSAI nak rampas kuasa 16 September.


Jawapan saya:

Saya pun sebenarnya setelah melihat buah fikiran Dr. Mahathir, insaf bahawa rampasan kuasa di Perak tidak wajar. Kerajaan memang tamakkan kuasa. DSAI pun sama. Dua-dua pun tamakkan kuasa. Gajah sama gajah berlaga (kerajaan dan pembangkang), pelanduk (rakyat) mati di tengah-tengah. Harap-harap kerajaan Najib tak buat hal itu lagi.

Ini pun jadi isu member saya tu apabila saya komen pasal status ym dia; Tak perlu cakap seorang anak ahli pembangkang! Cakap aja nama aku: Zahril akmal usaili.

Jawapan saya:

Wahai saudara "Akmal", bukan semua pengunjung blog saya kenal anda. Juga tidak berniat nak promote nama anda di blog saya. Maaf ye…

Isu tentang rakyat pulak, tak perlu komen panjang-panjang kot

Pendapatan perkapita penduduk dan kadar kemiskinan di negara kita dah bertambah baik dari sejak merdeka. So tak boleh lah nak kata perjuangan kerajaan langsung tak mewakili rakyat. BN still majoriti. Pembangkang menang di negeri-negeri kaya (kecuali Kelantan). BN menang di negeri-negeri yang penduduknya kurang kaya. Hal ini menunjukkan rakyat kelas pertengahan still favour BN. Mojoriti pun BN. BN kerajaan rakyat. As always I say, there is still room for improvement. You cannot aspect government to be too perfect. We live in multiracial country. Please see what Tun Mahathir said during his campaign in Bukit Gantang. At least, it has wooed some of Malay vote to increase to support BN. Kalau kerajaan betul2 bagi hanya pada kroni-kroninya, saya pun tak setuju tindakan itu. Akan tetapi, ada je kroni pembangkang pun dapat scholarship (owh lupa, dia dapat scholar bukan kerana kerajaan bagi atas keadilan, tapi dia dapat hanya semata-mata dia pandai)


Akhir sekali komen tentang hadis yang saya sertakan dalam artikel saya:
Hadis ini menyatakan selama mana mereka MENEGAKKAN solat..

"Alhamdulillah baru tadi Ust Muchlis di pengajian masjid Nurul Hikmah memberitahu perbezaan antara MENEGAKKAN solat dan MENDIRIKAN solat... Pertanyaan aku adakah pemimpin Negara kita benar2 menegakkan solat? Sehingga ia tergambar dalam polisi2 pemerintahan mereka?

Lagi satu; bila parlimen atau DUN sudah dibubarkan, bukankah secara automatic tidak ada kerajaan? So tak timbul masalah kita menjatuhkan kerajaan, sebab kerajaan itu memang sudah tidak ada!. Kita dalam proses mendirikan dan memilih kerajaan, so pemimpin yg beriman dan bertaqwa serta berkaliber perlu diutamakan..."


Jawapan saya:

Alhamdulillah. Nampaknya member saya yg pada mulanya keliru kerana hadis-hadis nabi yang melarang menjatuhkan pemimpin Islam dah lega. Lega kerana ada Ustaz memberi penjelasan yang sesuai dengan ‘fatwa hati’nya. Kalau penjelasan Ust Muchlis tak favour pada perjuangan ayahnya mungkin dia akan terus keliru. Saya akan membawa jawapan dan compilation hujjah dari para Ulama’ yang membantah pengertian itu dalam artikel ‘Ketaatan dan Kesetiaan Terhadap Pemimpin Islam: Perintah dari Langit’. Sungguhpun ada yang menganggap saya bukan ahli dalam agama, saya setuju. Saya cuma nak bantu sampaikan sahaja penjelasan-penjelasan para Ulama’. Kalau nak suruh Ulama’ jawab "blog Akmal" atau secara langsung, susah kot. Mereka telah mengajar dalam majlis pengajian, menjadi tanggungjawab anak-anak muridnya menyampaikan pada orang lain tentang Sabda-Sabda nabi ini selari dengan hadis Nabi (Sampaikanlah dariku walau satu ayat). HR Bukhari.

Isu parlimen dan DUN bubar dan tiada kerajaan pun akan saya terangkan. Tapi nak tanya apa cerita pulak pengikut-pengikut PR kuat berdemo menentang kerajaan?. Sila lihat YouTube dari sunnahmania untuk menilai tindakan-tindakan terutama orang-orang PKR ni menurut syariat. Dan dengar MP3 SYEIKH Abdul Hakim Amir Abdat tentang berdemo ni. Saya tak nak ambil risiko nak cuba kerajaan PR. Kerana seburuk-buruk kerajaan BN belum ada indikasi untuk ditukar. Saya tak ingin memperjudikan masa depan negara dengan menjatuhkan kerajaan BN dan serah kepada PR.

Boleh baca kometar penuh dia, di blog www.zahrilakmal.blogspot.com Akhir kata, saya tak inginlah nak jawab-menjawab lagi kalau jawapan saya dikomen lagi oleh sesiapa. Perjuangan saya bukanlah nak membela kerajaan, tetapi membela sunnah disebalik interaksi kita dengan pemerintah Islam. Saya nak perjuangkan Al-Qur’an dan Sunnah mengikut Manhaj Salafus Soleh. Kerana manhaj dan jalan Salafus Soleh adalah satu-satunya jalan selamat. Selagi mana kita berpecah dalam memahami agama dengan manhaj nabi dan sahabat iaitu Sirotol Mustaqim (Sila lihat kuliah Syeikh Zainal Abidin; Gigitlah Sunnah), selagi itu urusan-urusan lain pun kita akan berpecah. Firman ALLAH, (Surah Al-An’am 6:153)

"وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ"
( Sesungguhnya ini jalan lurus. Ikutilah ia. Dan jangan kamu ikut jalan-jalan lain maka kamu akan berpecah. Dan ini wasiat aku kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa)

Saya juga tidak berminat dengan politik berparti ni, kebetulan kerajaan Malaysia pun ada partinya. Cenderung pada kerajaan tak semestinya menunjukkan pendirian saya terhadap parti. Kalau suatu ketika dengan izin ALLAH jatuhnya BN dan PAS naik, saya akan tetap setia dengan kerajaan. PKR dengan DAP ( PKR = Parti yang didokong kuat ekstrimis Hindu Hindraf dan DAP parti Musyrik), belum tentu saya akan setia, tengoklah macam mana. Siapa yang menjadi tuan dan mendominasi parti mereka, Muslim atau kafir. Saya sokong BN pun kerana, UMNO dominan. Kalau MIC atau MCA yang dominan, tidak sama sekali. Saya memohon maaf jika artikel ini mengguris hati sesiapa. Kalau tak puas hati marilah berbincang dengan baik. Salam…

Bible the fake of faith, Hadith the fact of faith

Posted by sunnahmania on Friday, April 10, 2009 , under | comments (0)








"Bible the fake of faith, Hadith the fact of faith"






Alhamdulillah, kami sudah uploadkan mp3 ta'lim yang seterusnya, bertajuk seperti di atas, anda boleh mendengar secara langsung ataupun mendownload daripada kolumn mp3 yang telah disediakan. Disebabkan saiznya yg besar, kami telah pecahkan kepada dua part1 dan part 2. Mudah-mudahan beroleh manfaat. Kepada yang berminat untuk mendownloadnya sebagai koleksi, anda bolehlah mendapatkannya di link berikut. Buat pengetahuan, file yang diupload adalah berformat amr, jadi untuk memainkannya, anda perlu mempunyai codec yg terkini, ataupun media player classic. Sebarang kemusykilan, sila email kepada kami, insyaAllah akan kami layani secepat mungkin. Terima kasih.

Download


Signatures of God In The Quran

Posted by sunnahmania on Wednesday, April 08, 2009 , under | comments (0)




Alhamdulillah, kami telah uploadkan satu lagi MP3 ta'lim untuk sama-sama kita ambil pedoman, buat pengetahuan, ta'lim ini disampaikan oleh saudara Nasim sendiri, sebarang komen dan pandangan adalah sangat-sangat kami harapkan. Selain itu, sebagai makluman, mp3 ini akan kami upload secara bersiri dan akan kami susun lebih sistematis bagi memudahkan anda mendengar langsung atau mendownloadnya kemudian. Dan perjalanan taklim ini sebaiknya diikuti secara berurutan supaya lebih mudah difahami. Untuk sementara waktu, anda boleh download mp3 tersebut di link dibawah:

Signatures of God In The Quran




Empat Strategi Pembangkang

Posted by sunnahmania on Tuesday, April 07, 2009 , under | comments (5)



(For English version, please preview or download it from the gadget below)

"Unethical Strategies by the oppositions and ways to overcome them"


Bukanlah niat saya untuk menjadikan blog ini bahagian dari jentera kempen mana-mana parti. Saya lebih ingin memfokuskan blog ini untuk berkongsi hal-hal agama. Namun disebabkan ramai sahabat saya yang meminta saya komen tentang hal politik di Malaysia maka saya pun membuat rencana ini. Rencana ini juga telah saya e-mailkan ke berita harian dan saya ingin e-mailkan juga ke Utusan Melayu dan Malaysiakini. Mudah-mudah komentar ini bermanfaat untuk semua buat Malaysia yang lebih aman dan sentosa. ( For English Reader Please Download The English Version By Clicking this Link)- "Unethical Strategies by the oppositions and ways to overcome them"

4 STRATEGI PEMBANGKANG YANG SONGSANG DAN CARA MENGATASINYA

Saya teringat sewaktu di bangku sekolah, rakan-rakan saya ada yang mengatakan bahawa kerajaan tidak adil terhadap pembangkang dan negara kita tidak ada kebebasan bersuara. Namun sekarang ini segalanya dapat dicapai hanya dengan hujung jari melalui internet. Maka pihak pembangkang mempunyai ruang yang luas untuk bersuara. Akan tetapi, perkembangan baru-baru ini menunjukkan iklim politik kita memburuk dengan kempen-kempen agresif dari pihak pembangkang.


Saya sekarang ini berada di luar negara untuk melanjutkan pelajaran dan negara ini sekarang dalam musim pilihanraya. Saya dapat melihat bagaimana keadaan politik yang caca-marba dan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara ini. Saya sangat bimbang, adakah situasi ini akan menimpa negara saya suatu hari nanti dengan kadar yang seperti ini? Keadaan yang membuatkan kebanyakkan rakyat sudah tidak percayakan parti-parti politik dan hilang rasa hormat dan taat kepada kerajaan. Jika kita lihat situasi politik tanah air, sangat membimbangkan. Hal ini bertitik tolak daripada penilaian sebahagian rakyat yang sudah tidak adil kepada kerajaan meskipun mereka ini menuduh bahawa kerajaan tidak adil. Seharusnya tidak kira siapa sahaja, harus taat kepada perintah ALLAH dalam surah Al-Ma’idah, ayat 8 yang berbunyi ‘..janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum membuat kamu tidak adil, adillah, sesungguhnya ia menghampiri taqwa’.


Jika kita lihat kepada fenomena sejak akhir-akhir ini, kebanyakkan pihak seperti membenci kerajaan. Setiap undian-undian di televisyen atau di internet sentiasa menunjukkan hasil-hasil yang kontra kepada dasar kerajaan atau tidak berpihak kepada kerajaan. Lebih merisaukan, mahasiswa-mahasiswa yakni para pemuda begitu bersemangat dalam usaha-usaha anti-kerajaan dan meluahkannya dalam blog-blog mereka seolah-olah kerajaan kita sekarang ada ‘hitler’ ataupun ‘zionis’. Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang bagaimana strategi pembangkang dalam menyemai sikap ini dan cara mengatasinya oleh pihak kerajaan.

Pertama, pihak pembangkang bertindak melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap media-media arus perdana dengan ‘bius’ dari lidah-lidah mereka. Mereka menginginkan rakyat supaya tidak mempercayai langsung media-media arus perdana. Hal ini sangat jelas pada ceramah-ceramah mereka. Apabila rakyat tidak mempercayai media arus perdana, maka mereka akan beralih kepada media-media pembangkang atau media yang dianggap bebas tetapi dibayangi pro-pembangkang sama ada media cetak atau elektronik. Natijahnya, sebahagian orang menganggap media pembangkang ini ‘kalam suci’ yang bebas dari fitnah dan ketidakadilan. Walhal, media ini juga tidak ada jaminan pun dari tuhan bahawa ianya wajib dipercayai. Mungkin sahaja media arus perdana ada informasi-informasi yang tidak benar menurut pembangkang, tetapi bertindak mencerca dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap media ini tidaklah wajar kerana bukan semua berita mereka palsu. Akhirnya, rakyat beralih kepada media-media mereka yang memuatkan seruan-seruan dan berita yang sebenarnya ‘bias’ kepada pembangkang namun dianggap adil oleh rakyat. Pemikiran ini tidak adil.


Kedua, pihak pembangkang menanam keyakinan palsu di minda sebahagian rakyat bahawa keseluruhan sistem kehakiman dan keselamatan (polis dan FRU) adalah alat suruhan kerajaan. Apabila hakim memutuskan sesuatu yang berpihak pada kerajaan maka hakim dianggap menerima rasuah dari kerajaan. Sebaliknya, keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang adalah dianggap adil. Kalau iapun ada bukti-bukti penyelewengan hakim, adakah melibatkan semua hakim? Adakah semua anggota polis dianggap sampah? Apabila ada dakwaan terhadap pembangkang, buktinya dianggap dibuat-buat. Dakwaan terhadap kerajaan pula dianggap telah mempunyai bukti yang kukuh walaupun belum dihadapkan ke mahkamah. Saya sangat hairan, apabila ada ADUN di salah sebuah negeri membuat aduan disogok kerajaan, ada yang cepat mempercayai hal ini satu kebenaran hakiki. Akan tetapi, bila ada orang yang mengaku dizalimi secara seksual oleh salah seorang ahli pembangkang sehingga dia berani bersumpah kepada ALLAH, orang tetap hina dan menganggap dia diperalat kerajaan. Lebih membingungkan adalah apabila si pembangkang ini diminta menjawab sumpah itu, dia minta supaya ianya dibuat laporan kepada polis dan dicabar dimahkamah, sedangkan dia sendiri telah mempertikai kewibawaan dua sistem ini. Sungguhpun begitu ada juga orang yang tidak mengerti kepincangan yang jelas dalam isu ini. Pemikiran seperti ini tidak adil.

Ketiga, pihak pembangkang membangkitkan isu-isu yang disifatkan mempertikai kontrak sosial. Hal ini bertujuan memenangi hati pengundi-pengundi bukan bumiputera. Tidakkah mereka sedar kontrak inilah merupakan formula dasar yang telah menyebabkan negara kita membangun dengan aman-damai tanpa sebarang perselisihan kaum yang dahsyat seperti negara-negara lain? Apabila isu ini dibangkitkan, parti-parti komponen kerajaan menjadi serba salah kerana mereka kehilangan undi. Apabila ada orang Melayu sendiri yang mempersoal dasar-dasar yang terbit dari kontrak sosial ini, maka semakin lantanglah slogan ‘Malaysian Malaysia’ dari pihak-pihak tertentu. Betulkah dasar-dasar kerajaan menindas kaum lain? Sehingga digelar dasar Apartheid?? Setahu saya dasar Apartheid ini merujuk kepada penindasan kaum PENDATANG kulit putih terhadap kaum ASLI kulit hitam. Selama 50 tahun kita telah pun membangun dengan harmoni dengan semua bangsa walaupun usaha untuk pembangunan ini masih ada yang perlu diperbaik. Mengapakah setelah 50 tahun baru hendak dilaungkan kesaksamaan kaum? Adakah selama ini rakyat tidak dapat berfikir? Tidak, bangsa Malaysia cerdik tidak kira kaum, sebab itu kita dapat berkembang baik dalam segala aspek kenegaraan. Hal yang terjadi adalah sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu ingin mengeruhkan kesejahteraan antara kaum di negara kita. Pemikiran seperti ini tidak adil.


Keempat, pihak pembangkang memposisikan diri mereka sebagai hero kepada rakyat dan meletakkan kerajaan sebagai watak antagonis dalam pentas kenegaraan. Hal ini dilakukan dengan laras bahasa mereka yang tercermin dalam ceramah dan coretan-coretan mereka dalam media mereka. Antara contohnya ‘Tumbangnya kerajaan rakyat’, ‘Kuasa rakyat’ dan ‘Parti Rakyat’. Apabila ada kerajaan negeri mereka yang tumbang kerana ADUN beralih sokongan, slogan mereka ‘jangan musnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Apabila ada ura-ura kerajaan pusat akan beralih tangan dengan rancangan mengajak berpuluh-puluh ahli parlimen lompat parti, tidak dianggap ‘memusnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Adakah mereka ini lupa, kerajaan pusat sekarang TETAP pilihan majoriti rakyat? Sangat pelik pemikiran pembangkang. Saya sempat membaca satu ‘status yahoo messengger’ dari anak salah seorang ahli pembangkang yang membuat kenyataan tentang pilihanraya kecil sebagai berikut “Ya ALLAH, menangkanlah rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai”. Siapa rakyat itu?? Pihak pembangkang dianggap rakyat? Parti kerajaan apa pula? Saya, keluarga saya dan rakan-rakan saya juga rakyat Malaysia. Saya tidak rela gelaran untuk kami (rakyat Malaysia) ditempelkan sewenang-wenangnya oleh pihak pembangkang dan menganggap kerajaan sebagai musuh kami. Kerajaan sekarang tetap dari parti yang dipilih majoriti rakyat. Sepatutnya merekalah yang layak memakai gelaran itu. Jika tidak, pemikiran seperti ini tidak adil.


Saya mempunyai beberapa cadangan kepada pihak kerajaan dalam menempis strategi songsang ini. Yang pertama, tubuhkan jawatankuasa memantau maklumat-maklumat dari media-media pembangkang. Jika mereka memfitnah, saman mereka di mahkamah. Hal ini akan membuatkan mereka tidak menuduh kerajaan secara semborono. Mereka juga dialu-alukan untuk berbuat demikian terhadap media-media lain yang dianggap memfitnah mereka. Tak perlulah membuat dakwaan-dakwaan menerusi ceramah-ceramah jalanan. Seterusnya, wartakan undang-undang mengetatkan kebebasan dalam internet. Tubuhkan jawatankuasa yang memantau hal ini. Jangan biarkan pihak pembangkang bermaharajalela dalam internet. Pantau blog, web, ‘YouTube’ dan saluran-saluran lain. Jika ada unsur fitnah sahaja dari siapapun yang boleh menggugat kerajaan dan kestabilan politik, dakwa mereka di mahkamah. Paling tidak mereka akan berhati-hati daripada melawan kes di mahkamah yang menghabiskan wang perguaman mereka.


Pemimpin-pemimpin kerajaan juga harus selalu turun padang dan mengadakan ceramah di setiap negeri dan bandar sepertimana dilakukan oleh pihak pembangkang sehingga video-video ceramah politik mereka jauh lebih banyak dimuat naik (upload) di internet. Jawab setiap isu-isu pembangkang dalam ceramah. Saya sebagai mahasiswa diluar negara tidak banyak dapat mencari jawapan-jawapan dari isu-isu pembangkang. Saya yakin ada jawapannya. Kalau kita masih ingat krisis politik pada tahun 1998, Tun Dr. Mahathir mengadakan program ‘Pemimpin Bersama Rakyat’. Beliau pergi dari satu negeri ke satu negeri dari masa ke semasa untuk berjumpa dan menerangkan kepada rakyat isu-isu terkini dan ceramah beliau ditayangkan secara langsung keseluruh negara. Pihak kerajaan juga boleh adakan slot khusus untuk menjawab tohmahan-tohmahan pembangkang dalam media cetak atau elektronik. Pihak kerajaan mesti berhabis-habisan dalam menghentikan kebongkakkan pembangkang yang menjadi-jadi semenjak dua menjak ini. Saya sendiri pening dengan pergolakan politik. Mudah-mudahan hal ini semua dapat dihentikan dan usaha membangunkan negara dapat diteruskan.


Kesimpulannya, mentaliti sebahagian rakyat yang tertipu dengan strategi-strategi songsang pembangkang perlu dipulihkan. Mungkin cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan dapat dikaji atau dipilih tindakan yang sesuai untuk mengembalikan penilaian yang tepat dari rakyat. Saya yakin, sebagai seorang Ahlus Sunnah Wal Jemaah, setiap usaha menjatuhkan kerajaan orang Islam yang stabil di sesuatu negara adalah dilarang dalam agama. Dari Ummu Salamah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda : Akan ada sepeninggalku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barangsiapa yang meredhainya (akan) mengikutinya. Mereka para sahabat bertanya : Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang ? Beliau menjawab : Jangan, selama mereka masih menegakkan shalat ditengah-tengah kalian. (HR. Muslim 6/23) . Disiplin dalam berinteraksi dengan kerajaan atau pemerintah menurut sunnah boleh dibaca dalam buku Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis yang berjudul “Membela Agama: Disiplin dan Tanggungjawab” dalam bab “Disiplin Dalam Berdakwah Terhadap Pemerintah”. Pembaca juga dapat melayari laman web ini. http://podcast.faisholmart.com/archives/165.aspx. Jika dalam tahap membenci kerajaan sekalipun selagi mereka mendirikan solat, wajib ditaati, inikan pula Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO, yang menurut pendapat saya yang kerdil ini, telah melakukan banyak kebaikan kepada rakyat, dan masih ramai yang sayang dan tidak bencikan mereka. Saya yang tinggal di luar negara ini dapat melihat kemunduran yang nyata sehingga budak berusia 6 tahun telah bekerja mengutip sampah sedangkan di Malaysia, orang tua akan dihadapkan ke mahkamah jika tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Memanglah tidak ada kerajaan yang sempurna. Buatlah secara jujur dan ilmiah senarai semak dan tetapkan derajat baik dan buruk dasar dan tindakan kerajaan, timbanglah kedua-duanya , kita akan dapati kerajaan Barisan Nasional antara kerajaan yang cemerlang di dunia. Long live BN! Long live UMNO! Hail Najib!

Putera Suci


Adakah Islam Benar?

Posted by sunnahmania on Saturday, April 04, 2009 , under | comments (0)




Rakaman MP3 Ta'lim Mahasiswa

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendengar beberapa siri ta'lim yang disampaikan kepada mahasiswa bolehlah mendapatkannya dari ruangan ini. Ta'lim ini memuatkan penyampaian yg ringkas dan sederhana dalam menghantar kita ke pemahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang dasar berkonsepkan dari mahasiswa ke mahasiswa. Penyampai ta'lim ini adalah saudara Nasim sendiri, sebarang kritikan dan saranan bolehlah dikemukakan, sebarang pertanyaan akan dijawab sebaik mungkin dengan kadar yg termampu.

Sila Klik Link Berikut Untuk Download Atau Dengar.

Adakah Islam Benar?