.
Latest News

YB NGA KOR MING, SILALAH BACA AL-QUR’AN

Wednesday, April 15, 2009 , Posted by sunnahmania at Wednesday, April 15, 2009



YB NGA KOR MING, SILALAH BACA AL-QUR’AN
(for English version, please click the box below)




Assalamualaikum w.b.t. Saya tertarik dengan isu UMNO ingin menyaman YB Nga Kor Ming hanya kerana beliau melafazkan Al-Qur’an dalam sebuah majlis. Mari kita nilai hal ini dari beberapa sudut.

BAB 1: Dalil dan hujjah bolehnya orang kafir membaca atau melafazkan Al-Qur’an

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة: ريحها طيبٌ وطعمها طيبٌ، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن كمثل التمرة: لا ريح لها وطعمها حلوٌ، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن كمثل الريحانة: ريحها طيبٌ وطعمها مرٌ، ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة: ليس لها ريحٌ وطعمها مرٌ متفقٌ عليه
Maksudnya ‘ Dari Abu Musa Al-‘Asy’ari RA berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, “ Perumpamaan seorang Mu’min yang membaca Al-Qur’an seperti Utrujah (Sejenis Buah), Baunya harum dan rasanya enak, dan perumpamaan seorang mu’min yang tidak membaca Al-Qur’an seperti tamar, tidak ada bau tetapi rasanya enak, PERUMPAMAAN SEORANG MUNAFIQ YANG MEMBACA AL-QUR’AN SEPERTI RAIHANAH, BAUNYA HARUM TETAPI RASANYA PAHIT dan perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Qur’an seperti Hanzalah (sejenis buah menyerupai jeruk), baunya tiada, rasanya buruk. – Shahih Bukhari dan Muslim.


Orang munafiq masuk kategori kafir. Namun, dalam hadis di atas tiada larangan pun mereka membaca Al-Qur’an. Akan tetapi, disebabkan tiada iman bacaan Al-Qur’an mereka itu disifatkan buruk. Ada sahaja amalan-amalan munafiq yang dilarang, sungguhpun manusia tidak tahu siapa munafiq dari kalangan Islam. Banyak amalan-amalan munafiq ini yang mereka kerjakan dalam keadaan menanggung dosa. Contohnya munafiq yang membina Masjid sehingga ALLAH perintah untuk runtuhkan. Silah lihat Surah At-Taubah (9: 107). Namun, dalam urusan bacaan Al-Qur’an tiada larangan. Jika munafiq yang lebih hina dari kafir pun hanya disifatkan sia-sia melafazkan Al-Qur’an, inikan pula seorang kafir yang mungkin juga hatinya telah dekat dengan Islam maka lebih lagi dipersilakan. Cuma, kita katakan sudah tentu tiada ganjaran pahala dan ayat itu tidak akan berbekas kepada hatinya selagi iman tidak tumbuh.

Bab 2 : Tercela dan ditegur jika seorang kafir membaca Al-Qur’an bertujuan menghina dan mempermain-mainkan ayat ALLAH

Sangat dilarang jika seseorang, tidak kira kafir atau Islam sekalipun untuk membaca Al-Qur’an bertujuan untuk menghina Islam atau ayat-ayat ALLAH. Firman ALLAH S.W.T.

…. وَلَا تَتَّخِذُوا آَيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا…
Maksudnya ‘… dan janganlah kamu mengambil ayat-ayat ALLAH sebagai mainan…’ (Surah Al-Baqarah 2:231)

Selagi mana seseorang tidak jelas memaki hamun ayat ALLAH atau mentertawakannya atau memandang enteng maksudnya maka dia bebas dari tuduhan mempermain-mainkan ayat ALLAH. Adapun spekulasi yang mengatakan YB Nga Kor Ming ingin memancing undi Melayu, itu urusan dia dengan ALLAH. Zahirnya dia membacakan ayat ALLAH, apa yang terselit dalam hatinya antara dia dan ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH memberi hidayah kepadanya untuk menerima Islam. Jika dia berniat buruk dengan ayat ALLAH biarlah ALLAH yang menjatuhkan hukuman. Hal ini disebabkan tiada larangan pun dia membaca ayat ALLAH asalkan tidak menghina dan mempermain-mainkannya secara zahir.

Bab 3 : Janganlah siapa pun bertindak menjauhkan seseorang yang ingin dekat dengan Islam dengan tindakan- tindakan yang menyimpang dan tidak dituntun dalam syara’


Saya telah banyak memerhatikan sikap orang Islam yang sentiasa menggelabah apabila ada isu-isu membabitkan orang bukan Islam terlibat dengan perihal orang Islam yang mana isu itu tidak besar dalam agama dan tidak juga menjadi perkara yang harus diperjuangkan. Misalnya, isu orang kafir tak boleh makan daging korban, tak boleh masuk masjid dan tak boleh menerima zakat. Walaupun hal ini ada khilaf dikalangan ulama’, ulama’-ulama’ yang mengizinkan juga telah membawa sejumlah dalil dan penjelasan yang kuat sehingga pendapat ini lebih munasabah dan memenuhi maslahat masyarakat pelbagai kaum. Namun, bila urusan bagi tanah kepada kaum Cina sehingga buat tempat judi tidak pula digembar-gemburkan. Apabila memberi tampuk pemerintahan kepada orang kafir sedangkan masih ramai orang Islam yang dapat memerintah dengan adil juga tidak menjadi isu.

Di Pulau Pinang, ada pusat informasi Islam yang bertempat di dalam Masjid Kapitan Keling. Pusat ini bahagian daripada pelancongan kerana Masjid Kapitan Keling dianggap warisan negara. Pernah jadi isu sehingga hampir ‘tumbuk-menumbuk’ di kalangan pendakwah dan pengurus masjid hanya disebabkan pengurus masjid tidak izinkan sejumlah pelajar Cina untuk masuk kawasan masjid mendapatkan penjelasan tentang Islam kerana mereka bukan pelancong. Saya juga pernah menyaksikan bagaimana seorang amah yang datang meminta perlindungan di Masjid ALLAH ini daripada kekejaman majikannya dihalau keluar dengan kejamnya oleh orang-orang yang berada di masjid hanya kerana wanita itu tidak menutup aurat. Kalau ia pun cakaplah dengan baik. Maka tidak hairanlah orang-orang ini lebih dekat dengan gereja-gereja yang lebih terbuka kepada orang-orang yang ingin mendekati dan mengenali ajaran mereka. Kalau kita nak bertegaskan sekalipun, biarlah dalam urusan yang disuruh agama.

Kesimpulannya, menurut pandangan sebahagian ulama’ hadis di atas adalah sebahagian dalil yang membolehkan orang kafir membacakan Al-Qur’an asalkan tidak bertujuan buruk dan memperlekeh Al-Qur’an. Kepada orang-orang UMNO, sudahlah tu… Nak berbalas-balas isu dengan pembangkang pun janganlah sampai ambil isu-isu yang seperti ini. Adakah anda sendiri malu tak tahu nak bacakan ayat-ayat ALLAH di majlis-majlis? (Mungkin juga UMNO takut kena tuduhan macam saya di shout box; menggunakan ayat-ayat ALLAH suka hati…huhu) Kepada YB Nga, pedulikan orang-orang yang nak saman ni. Saya doakan YB diberi hidayah oleh ALLAH. Akhir kata, sesiapa yang nak berkongsi dan berdiskusi hal ini dengan saya sila buzz saya di YM atau hantar ke alamat e-mail saya holyprince_kik2020@yahoo.com. Jika saya tersilap apa-apa, sila beri teguran. Terima Kasih.

Currently have 6 comments:

  1. Anonymous says:

    assalamualaikum
    wahai sahabat, ini cuma pandangan aku yang sangat limited ilmunya. pd pandangan aku, orang kafir nk baca ayat al-quran takdak masalah, moga2 dibuka hatinya utk mengenal islam. insyaAllah. Seperti yang dinyatakan dalam point yg kedua td, samaada muslim atau tidak, mmg salah kalo ayat quran diputar belit maksudnya atau utk kepentingan individu. jadi selaku seorang muslim, kita boleh nilai adakah mmg ayat yg dibaca itu tepat maksudnya atau sebaliknya, betul atau tidak huraiannya. Senang ckp la, kalo orng muslim pun tak penah blaja tentang tafsir quran tiba2 guna ayat quran sbg hujah, kita nak percaya ka? mungkin apa yang dilafaz oleh YB Nga tu tak tepat, kita tegur, yang salah diperbetulkan, jgn gelabah. -azmin-

  1. Anonymous says:

    A good discussion about this issue

    http://saifulislam.com/?p=5175

    Hina Islam atau 'Muslim'?

  1. dinda says:

    ye orang melayu selalu gelabah tak tentu hala dalam certain2 hal yang tak sepatutnya.
    terlalu takut dan terlalu lemahkah kita?

  1. Holyprince says:

    Salam, Yang Azmin cakap pun betul. Kalau di baca untuk tujuan tak elok dan nyata pada kesilapan konteksnya, memang salah. Huhu, rindula kat azmin. Semangatnya, perjuangannya masa terbayang masa kat Intec. Bila nak datang Jakarta?

  1. mrblinc says:

    http://soaljawab.wordpress.com/2009/04/16/salahkah-orang-kafir-menggunakan-ayat-al-quran/

  1. ildafluz says:

    Al-Qur'an: Bacaan atau hiasan..lanjut di blog sahabat saya, http://drrazi.wordpress.com/2009/04/01/bacaan-atau-hiasan/