.
Latest News

Empat Strategi Pembangkang

Tuesday, April 07, 2009 , Posted by sunnahmania at Tuesday, April 07, 2009

(For English version, please preview or download it from the gadget below)

"Unethical Strategies by the oppositions and ways to overcome them"


Bukanlah niat saya untuk menjadikan blog ini bahagian dari jentera kempen mana-mana parti. Saya lebih ingin memfokuskan blog ini untuk berkongsi hal-hal agama. Namun disebabkan ramai sahabat saya yang meminta saya komen tentang hal politik di Malaysia maka saya pun membuat rencana ini. Rencana ini juga telah saya e-mailkan ke berita harian dan saya ingin e-mailkan juga ke Utusan Melayu dan Malaysiakini. Mudah-mudah komentar ini bermanfaat untuk semua buat Malaysia yang lebih aman dan sentosa. ( For English Reader Please Download The English Version By Clicking this Link)- "Unethical Strategies by the oppositions and ways to overcome them"

4 STRATEGI PEMBANGKANG YANG SONGSANG DAN CARA MENGATASINYA

Saya teringat sewaktu di bangku sekolah, rakan-rakan saya ada yang mengatakan bahawa kerajaan tidak adil terhadap pembangkang dan negara kita tidak ada kebebasan bersuara. Namun sekarang ini segalanya dapat dicapai hanya dengan hujung jari melalui internet. Maka pihak pembangkang mempunyai ruang yang luas untuk bersuara. Akan tetapi, perkembangan baru-baru ini menunjukkan iklim politik kita memburuk dengan kempen-kempen agresif dari pihak pembangkang.


Saya sekarang ini berada di luar negara untuk melanjutkan pelajaran dan negara ini sekarang dalam musim pilihanraya. Saya dapat melihat bagaimana keadaan politik yang caca-marba dan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara ini. Saya sangat bimbang, adakah situasi ini akan menimpa negara saya suatu hari nanti dengan kadar yang seperti ini? Keadaan yang membuatkan kebanyakkan rakyat sudah tidak percayakan parti-parti politik dan hilang rasa hormat dan taat kepada kerajaan. Jika kita lihat situasi politik tanah air, sangat membimbangkan. Hal ini bertitik tolak daripada penilaian sebahagian rakyat yang sudah tidak adil kepada kerajaan meskipun mereka ini menuduh bahawa kerajaan tidak adil. Seharusnya tidak kira siapa sahaja, harus taat kepada perintah ALLAH dalam surah Al-Ma’idah, ayat 8 yang berbunyi ‘..janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum membuat kamu tidak adil, adillah, sesungguhnya ia menghampiri taqwa’.


Jika kita lihat kepada fenomena sejak akhir-akhir ini, kebanyakkan pihak seperti membenci kerajaan. Setiap undian-undian di televisyen atau di internet sentiasa menunjukkan hasil-hasil yang kontra kepada dasar kerajaan atau tidak berpihak kepada kerajaan. Lebih merisaukan, mahasiswa-mahasiswa yakni para pemuda begitu bersemangat dalam usaha-usaha anti-kerajaan dan meluahkannya dalam blog-blog mereka seolah-olah kerajaan kita sekarang ada ‘hitler’ ataupun ‘zionis’. Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang bagaimana strategi pembangkang dalam menyemai sikap ini dan cara mengatasinya oleh pihak kerajaan.

Pertama, pihak pembangkang bertindak melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap media-media arus perdana dengan ‘bius’ dari lidah-lidah mereka. Mereka menginginkan rakyat supaya tidak mempercayai langsung media-media arus perdana. Hal ini sangat jelas pada ceramah-ceramah mereka. Apabila rakyat tidak mempercayai media arus perdana, maka mereka akan beralih kepada media-media pembangkang atau media yang dianggap bebas tetapi dibayangi pro-pembangkang sama ada media cetak atau elektronik. Natijahnya, sebahagian orang menganggap media pembangkang ini ‘kalam suci’ yang bebas dari fitnah dan ketidakadilan. Walhal, media ini juga tidak ada jaminan pun dari tuhan bahawa ianya wajib dipercayai. Mungkin sahaja media arus perdana ada informasi-informasi yang tidak benar menurut pembangkang, tetapi bertindak mencerca dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap media ini tidaklah wajar kerana bukan semua berita mereka palsu. Akhirnya, rakyat beralih kepada media-media mereka yang memuatkan seruan-seruan dan berita yang sebenarnya ‘bias’ kepada pembangkang namun dianggap adil oleh rakyat. Pemikiran ini tidak adil.


Kedua, pihak pembangkang menanam keyakinan palsu di minda sebahagian rakyat bahawa keseluruhan sistem kehakiman dan keselamatan (polis dan FRU) adalah alat suruhan kerajaan. Apabila hakim memutuskan sesuatu yang berpihak pada kerajaan maka hakim dianggap menerima rasuah dari kerajaan. Sebaliknya, keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang adalah dianggap adil. Kalau iapun ada bukti-bukti penyelewengan hakim, adakah melibatkan semua hakim? Adakah semua anggota polis dianggap sampah? Apabila ada dakwaan terhadap pembangkang, buktinya dianggap dibuat-buat. Dakwaan terhadap kerajaan pula dianggap telah mempunyai bukti yang kukuh walaupun belum dihadapkan ke mahkamah. Saya sangat hairan, apabila ada ADUN di salah sebuah negeri membuat aduan disogok kerajaan, ada yang cepat mempercayai hal ini satu kebenaran hakiki. Akan tetapi, bila ada orang yang mengaku dizalimi secara seksual oleh salah seorang ahli pembangkang sehingga dia berani bersumpah kepada ALLAH, orang tetap hina dan menganggap dia diperalat kerajaan. Lebih membingungkan adalah apabila si pembangkang ini diminta menjawab sumpah itu, dia minta supaya ianya dibuat laporan kepada polis dan dicabar dimahkamah, sedangkan dia sendiri telah mempertikai kewibawaan dua sistem ini. Sungguhpun begitu ada juga orang yang tidak mengerti kepincangan yang jelas dalam isu ini. Pemikiran seperti ini tidak adil.

Ketiga, pihak pembangkang membangkitkan isu-isu yang disifatkan mempertikai kontrak sosial. Hal ini bertujuan memenangi hati pengundi-pengundi bukan bumiputera. Tidakkah mereka sedar kontrak inilah merupakan formula dasar yang telah menyebabkan negara kita membangun dengan aman-damai tanpa sebarang perselisihan kaum yang dahsyat seperti negara-negara lain? Apabila isu ini dibangkitkan, parti-parti komponen kerajaan menjadi serba salah kerana mereka kehilangan undi. Apabila ada orang Melayu sendiri yang mempersoal dasar-dasar yang terbit dari kontrak sosial ini, maka semakin lantanglah slogan ‘Malaysian Malaysia’ dari pihak-pihak tertentu. Betulkah dasar-dasar kerajaan menindas kaum lain? Sehingga digelar dasar Apartheid?? Setahu saya dasar Apartheid ini merujuk kepada penindasan kaum PENDATANG kulit putih terhadap kaum ASLI kulit hitam. Selama 50 tahun kita telah pun membangun dengan harmoni dengan semua bangsa walaupun usaha untuk pembangunan ini masih ada yang perlu diperbaik. Mengapakah setelah 50 tahun baru hendak dilaungkan kesaksamaan kaum? Adakah selama ini rakyat tidak dapat berfikir? Tidak, bangsa Malaysia cerdik tidak kira kaum, sebab itu kita dapat berkembang baik dalam segala aspek kenegaraan. Hal yang terjadi adalah sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu ingin mengeruhkan kesejahteraan antara kaum di negara kita. Pemikiran seperti ini tidak adil.


Keempat, pihak pembangkang memposisikan diri mereka sebagai hero kepada rakyat dan meletakkan kerajaan sebagai watak antagonis dalam pentas kenegaraan. Hal ini dilakukan dengan laras bahasa mereka yang tercermin dalam ceramah dan coretan-coretan mereka dalam media mereka. Antara contohnya ‘Tumbangnya kerajaan rakyat’, ‘Kuasa rakyat’ dan ‘Parti Rakyat’. Apabila ada kerajaan negeri mereka yang tumbang kerana ADUN beralih sokongan, slogan mereka ‘jangan musnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Apabila ada ura-ura kerajaan pusat akan beralih tangan dengan rancangan mengajak berpuluh-puluh ahli parlimen lompat parti, tidak dianggap ‘memusnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Adakah mereka ini lupa, kerajaan pusat sekarang TETAP pilihan majoriti rakyat? Sangat pelik pemikiran pembangkang. Saya sempat membaca satu ‘status yahoo messengger’ dari anak salah seorang ahli pembangkang yang membuat kenyataan tentang pilihanraya kecil sebagai berikut “Ya ALLAH, menangkanlah rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai”. Siapa rakyat itu?? Pihak pembangkang dianggap rakyat? Parti kerajaan apa pula? Saya, keluarga saya dan rakan-rakan saya juga rakyat Malaysia. Saya tidak rela gelaran untuk kami (rakyat Malaysia) ditempelkan sewenang-wenangnya oleh pihak pembangkang dan menganggap kerajaan sebagai musuh kami. Kerajaan sekarang tetap dari parti yang dipilih majoriti rakyat. Sepatutnya merekalah yang layak memakai gelaran itu. Jika tidak, pemikiran seperti ini tidak adil.


Saya mempunyai beberapa cadangan kepada pihak kerajaan dalam menempis strategi songsang ini. Yang pertama, tubuhkan jawatankuasa memantau maklumat-maklumat dari media-media pembangkang. Jika mereka memfitnah, saman mereka di mahkamah. Hal ini akan membuatkan mereka tidak menuduh kerajaan secara semborono. Mereka juga dialu-alukan untuk berbuat demikian terhadap media-media lain yang dianggap memfitnah mereka. Tak perlulah membuat dakwaan-dakwaan menerusi ceramah-ceramah jalanan. Seterusnya, wartakan undang-undang mengetatkan kebebasan dalam internet. Tubuhkan jawatankuasa yang memantau hal ini. Jangan biarkan pihak pembangkang bermaharajalela dalam internet. Pantau blog, web, ‘YouTube’ dan saluran-saluran lain. Jika ada unsur fitnah sahaja dari siapapun yang boleh menggugat kerajaan dan kestabilan politik, dakwa mereka di mahkamah. Paling tidak mereka akan berhati-hati daripada melawan kes di mahkamah yang menghabiskan wang perguaman mereka.


Pemimpin-pemimpin kerajaan juga harus selalu turun padang dan mengadakan ceramah di setiap negeri dan bandar sepertimana dilakukan oleh pihak pembangkang sehingga video-video ceramah politik mereka jauh lebih banyak dimuat naik (upload) di internet. Jawab setiap isu-isu pembangkang dalam ceramah. Saya sebagai mahasiswa diluar negara tidak banyak dapat mencari jawapan-jawapan dari isu-isu pembangkang. Saya yakin ada jawapannya. Kalau kita masih ingat krisis politik pada tahun 1998, Tun Dr. Mahathir mengadakan program ‘Pemimpin Bersama Rakyat’. Beliau pergi dari satu negeri ke satu negeri dari masa ke semasa untuk berjumpa dan menerangkan kepada rakyat isu-isu terkini dan ceramah beliau ditayangkan secara langsung keseluruh negara. Pihak kerajaan juga boleh adakan slot khusus untuk menjawab tohmahan-tohmahan pembangkang dalam media cetak atau elektronik. Pihak kerajaan mesti berhabis-habisan dalam menghentikan kebongkakkan pembangkang yang menjadi-jadi semenjak dua menjak ini. Saya sendiri pening dengan pergolakan politik. Mudah-mudahan hal ini semua dapat dihentikan dan usaha membangunkan negara dapat diteruskan.


Kesimpulannya, mentaliti sebahagian rakyat yang tertipu dengan strategi-strategi songsang pembangkang perlu dipulihkan. Mungkin cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan dapat dikaji atau dipilih tindakan yang sesuai untuk mengembalikan penilaian yang tepat dari rakyat. Saya yakin, sebagai seorang Ahlus Sunnah Wal Jemaah, setiap usaha menjatuhkan kerajaan orang Islam yang stabil di sesuatu negara adalah dilarang dalam agama. Dari Ummu Salamah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda : Akan ada sepeninggalku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barangsiapa yang meredhainya (akan) mengikutinya. Mereka para sahabat bertanya : Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang ? Beliau menjawab : Jangan, selama mereka masih menegakkan shalat ditengah-tengah kalian. (HR. Muslim 6/23) . Disiplin dalam berinteraksi dengan kerajaan atau pemerintah menurut sunnah boleh dibaca dalam buku Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis yang berjudul “Membela Agama: Disiplin dan Tanggungjawab” dalam bab “Disiplin Dalam Berdakwah Terhadap Pemerintah”. Pembaca juga dapat melayari laman web ini. http://podcast.faisholmart.com/archives/165.aspx. Jika dalam tahap membenci kerajaan sekalipun selagi mereka mendirikan solat, wajib ditaati, inikan pula Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO, yang menurut pendapat saya yang kerdil ini, telah melakukan banyak kebaikan kepada rakyat, dan masih ramai yang sayang dan tidak bencikan mereka. Saya yang tinggal di luar negara ini dapat melihat kemunduran yang nyata sehingga budak berusia 6 tahun telah bekerja mengutip sampah sedangkan di Malaysia, orang tua akan dihadapkan ke mahkamah jika tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Memanglah tidak ada kerajaan yang sempurna. Buatlah secara jujur dan ilmiah senarai semak dan tetapkan derajat baik dan buruk dasar dan tindakan kerajaan, timbanglah kedua-duanya , kita akan dapati kerajaan Barisan Nasional antara kerajaan yang cemerlang di dunia. Long live BN! Long live UMNO! Hail Najib!

Putera Suci


Currently have 5 comments:

  1. Anonymous says:

    saya ingin berkongsi pendapat saya tentang pergolakan politik di tanahair Malaysia ini,
    pada pandangan saya, 'politik persepsi' yang dimainkan iramanya oleh pembangkang mengapikan emosi rakyat, maka sudah pasti bila emosi menguasai diri, hilang pertimbangan waras yang bernakhodakan akal. perkara yang saya ingin tekankan disini bukanlah taktik politik yang digunakan walaupun ia membawa kesan yang amat buruk dan satu taktik yang amat keji.yang saya ingin tkankan ialah, kita perlu menggunakan akal yang dianugerahkan Allah yakni nikmat yang membezakn manusia dengan haiwan. jgnlah kita sewenang-wenangnya menerima semua yang diperkatakan. adakah ia logik? adakah ia bersandarkan fakta yang benar? justeru itu, nilailah dengan akal yang waras, bertindaklah dengan bijak dan matang, agar kesan tindakan kita membawa kesan yang positif bukan hanya sekadar memuaskan emosi. -azmin-

  1. Also a Malaysian n proud to be Moslem says:

    Jangan pandang sesuatu pada permukaannya sahaja tetapi selamilah hingga ke dasarnya. Jangan bicarakan sesuatu sebelum perkara itu difahami sepenuhnya supaya kita tidak tergolong dalam kumpulan yang melakukan keputusan secara terburu-buru. Rasionallah dalam berfikir, bukan bermain dengan emosi semata-mata. Utamakan Islam dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Antara yang baik & kurang baik, pilihlah yang baik namun jika dirasakan kedua-duanya buruk pilihlah yang lebih banyak kebaikannya. Sama-sama renungkan. Wallahualam... =)

  1. as'salam alaika...

    frankly speak la...rase cam sedih kalo tgk org yg terlalu bencikn govnment.... kite sbgai rakyat M'sia kene pham yg kite x leh pentingkn kesempurnaan....therefore, kalo ade kekurangan tu biase lah.... so, the important keyword yg sy nk emphasis kt sini ialah 'demanding'...
    jgn terlalu demanding t'hadap kerajaan n comments on every actions taken by govnment.... at the end of the day, it's for kebaikan rakyat....
    kalo ade masalah tentang tindakan kerajaan,it's normal la...
    harap korang penah dgr bout karenah birokrasi...
    diorang as the minister akan proposed n akan laksanakan....
    but yg menjalankn ialah org pekerja kerajaan....
    so, diorg yg buat bende nie complicated...
    aq tau ade org ckap....pekerja kerajaan, mesti la sokong kerajaan....
    memg secara alamiah nye korang memg bukan rakyat M'sia la....
    pastu org ramai akan slah kan saper???
    kerajaan or pekerja kerajaan???
    inilah generalisasi terburu-buru....
    another fact nk kasi free kt korang.... pekerja kerajaan x smestinye sokong kerajaan....
    hahahaaa.....
    penerima bantuan dri kerajaaan pon x sokong kerajaan....so, nk wat camner......
    kite nye mentallity masih lemah..... kite x tau camner rasenyer menjadi menteri.... kite cume tau judge menteri tu bgus atau x.....
    halooo.... hrap penah dgr perkataan 'empati'...
    itu pon kite amik bhsa inggeris nye term....
    jdi berempati la dgn menteri2 nie yerq.....
    sedang kn dlam bahasa melayu sendiri xde perkataan empati, jgn buat kite org melayu nie memg xde empati....
    setelah berada di Jkrta ni hampir stahun....
    akhirnye sy merasa camner jadi org yg dlm kelompok minority... sagt pathetics...tp nasib baik org Indonesia ni susah nk prejudice kt sy...n layan aq ngan baik...
    at least i being empathy towards the non-bumiputra......
    astagfirullah.....
    sy t'emosi.... maaf kan sy...

    ..........
    kembali kpd topik kite,
    sy sgt stuju ngan pernyataan abg naseem reagrding 4 strategi songsang yg diorg lancarkn...
    hahahaaa....
    my parents x kasi sy campur kn education, agama, n politics....
    tp stuju sgt ngan abg naseem....
    'jgn berpolitik dlam Agama, biar berAgama dlam politics..'
    tp nk tnye mereka ini la....
    kalo gune Agama dlam politik nk klasifikasi masalah ni cam ner??
    hahahaaa... pikir lah wahai umat Nabi Muhammad SAW....

    hehehe...sorry abg naseem
    blog abg naseem jdi tempat curhat plak.....

    as'salam alaika

  1. Anonymous says:

    Salam bro...

    1 xplaination dan curahan idea yg sgt mantap..mmg aku respek..idea yg dtg dr akal yg logik, bukan dr emosi semata-mata...aku pn terkejut sbb byk sgt perkara yg ditidakkan dgn logik akal oleh sek2 pembangkang ni...waktu DSAI umumkan gagasan 16 Sept dgn melompat parti tuh, ramai yg suka xle blah..tp bile 3 org dr sek pembangkang keluar parti kt Perak tuh, memacam tuduhan dibuat cm busuk, haprak, rasuah, culik etc...mane rasional dan logik akal kt cni???
    Tp papepon, aku amat bersetuju ngan statement bro psal kontrak sosial tu..sek2 cina n india mmg tnggu masa je nk batalkan kontrak sosial tu...kite yg Melayu jgn jadik bodoh nk hapuskan hak kite senang2 cm2 je..tp yg sedehnya, byk Melayu yg jadik bodoh sokong nk hapuskan kontrak sosial tuh kononnya x selari ngan Islam laa...kononnya penindasan laa..etc...
    Aku bukan racist..tp aku dah rase cmne idop dlm kelompok cina dan india yg semakin samseng kebelakangan ni...aku sanggup bermatian semata-mata nk pertahankan kontrak sosial tuh...

  1. Anonymous says:

    pekerja kerajaan ramai tak sokong kerajaan tu mmang ramai pun..ada sekali masa nak dekat pilihanraya haritu kat wad rawatan luar, nurse kat situ cakap kat nenek sedara saya.."makcik nanti kalau pilihanraya,pilih yang##### tau,jangan pilih kerajaan"..lepastu dia ulang lagi"ingat tau makcik..pilih yang lambang ###### tau"..
    oh kempen2..