.
Latest News

Penghalang-penghalang mengenal ALLAH

Wednesday, May 06, 2009 , Posted by sunnahmania at Wednesday, May 06, 2009


Assalamualaikum, pada update ta'lim kali ini kita akan mengikuti sambungan ta'lim tentang penghalang-penghalang mengenal ALLAH dengan pebincangan yg memfokuskan penyakit-penyakit syahwat.Di samping itu pendengar akan memahami kenapa kita perlu berada di atas manhajsalafus soleh yakni manhaj agama Nabi dan Para Sahabat bukannya manhaj ciptaan sendiri. (Manhaj bermaksud sistem atau metodologi atau cara sikap).

Update YouTube sunnahmania pula tentang ceramah Syeikh Abdul Hakim Amir Abdat yang bertajuk'Lau kaana Khairan'. Tajuk ini dalam bahasa melayu adalah 'Jika itu baik..'. Tajuk ceramah ini adalah jawapan dan provokasi terhadap dakwaan pelaku-pelaku amalan bid'ah yang mengatakan "kenapa tak leh buat benda ini, ini amalan baik..'. Syeikh akan mengupas ttg satu prinsip yang penting dalam agama iaitu 'jika sesuatu ibadah khusus itu dikatakan baik oleh orang sekarang, sudah tentulah sahabat melakukannya' atau dalam lafaz panjangnya dalam bahasa arab 'Lau kaana khairan lasabaquuna ilaihi'. Hal ini menunjukkan, jika sesuatu ibadah khusus yang diada-adakan (tahlilan, yasinan, hajatan dan sbgnya) baik di mata masyarakat sekarang, jika tidak dikerjakan sahabat, maka dianggap buruk. Ikutilah perbincangan lanjut mengenai persoalan ini yang akan memuatkan hujjah kenapa generasi sahabat dianggap 'banch mark' dalam melihat pengamalan agama dan pemahaman yang tepat. Selamat mendengar!

Currently have 0 comments: