.
Latest News

Jawapan Terhadap Komen Rakan Saya

Tuesday, April 14, 2009 , Posted by sunnahmania at Tuesday, April 14, 2009

Assalamualaikum,

Posting saya yang lepas mengenai politik telah mengundang pelbagai reaksi. Alhamdulillah banyak yang positif dan tidak menempuh jalan orang-orang khawarij yang telah terkenal menjatuhkan kerajaan-kerajaan ummah Islam sejak zaman Saidina Ustman R.A. Tidaklah saya menulis rencana itu untuk meng’halal’kan semua penyimpangan dari kerajaan. Oleh sebab rencana itu bertujuan untuk mengingatkan pembaca bahawa terpengaruh dengan taktik pembangkang dalam urusan menjatuhkan kerajaan Malaysia, maka saya tidak mencatumkan apa sahaja hal keji yang dilakukan kerajaan. Ingin saya ingatkan juga, saya tidak bermasalah dengan mana-mana mahasiswa khususnya di Ukrida, tidak kira mereka penyokong kerajaan atau pembangkang.

Saya tidak ingin memanjangkan perdebatan isu ini. Saya cuma ingin menjawab komentar seorang rakan saya atas isu lepas saya tentang 4 strategi songsang pembangkang. Saya sedar isu ini tidak ada sudahnya jika hendak didebatkan, tidak kiralah isi-isi perdebatan itu matang ataupun tidak. Apalagi, isu ini sering dibahas mengikut perasaan dan emosi. Kesimpulan besar saya, bukanlah ‘Kerajaan Malaysia sekarang SANGAT BAIK dan MAKSUM’ tetapi ‘Kerajaan Malaysia sekarang bukanlah kerajaan yang layak ditumbangkan menurut syari’at dan strategi-strategi pembangkang yang kearah itu sangat membimbangkan’. Ada juga yang menganggap saya bukan ahli dalam agama dan hal ini semua hanya pendapat saya. Terpulanglah, ini blog saya, saya tulislah pendapat saya. Pendapat anda juga adalah hak anda. Kita akan pulang kepada ALLAH membawa amal kita, biar ALLAH yang nilai siapa yang telah bersama dengan hidayahNYA.

Berikut adalah komen-komennya terhadap isi-isi saya:

Komen terhadap tindakan pembangkang menghasut rakyat membenci media-media arus perdana:

"Sekarang bukan zaman 70-80-an lagi.. bukan zaman kita terima bulat2 apa sahaja hujah dan berita dari mana2 mediapun.. Rakyat terbanyak sudah pandai dan boleh berfikir.. Jika tidak mahu mereka lari dan pandang negative pada media arus perdana; menurut aku senang je.. jangan banyak mengampu dan siarkan berita dari sebelah pihak sahaja.. beri ruang kepada pihak yang satu lagi"

"Siapapun dengan sendirinya akan naik muak dan bosan jika hari-hari media arus perdana menyiarkan tuduhan pada pihak pembangkang; tapi malangnya tidak beri mereka peluang utk menjawab balik di TV. Surat akhbar merekapun ditarik balik permitnya.. apa cerita ni??? Nasib baik DS Najib baru naik jadi PM, kena buat baik r; terima kasih DS Najib... So jangan salahkan rakyat utk cari input tambahan di blog2 agar mereka dapat buat penilaian dgn rasional.. Sekali lagi zaman sudah berubah...."

Jawapan saya:

  • Artikel ini ditulis supaya rakyat sedar kita dah di alaf baru, bagus tak nak terima bulat2 dari akhbar arus perdana, tapi jangan pulak pergi terima bulat2 akhbar pembangkang. Jika tidak,sama teruk juga dengan rakyat 70-80an (seperti didakwa kawan saya ini)
  • Mudah-mudahan rakyat satu hari akan naik BOSAN dan MUAK juga dengan akhbar pembangkang yang hari-hari ampu pemimpin pembangkang dan kutuk kerajaan.
  • Artikel ini ditulis supaya orang sedar jika nak cari blog2 boleh je, tapi hati-hatilah jangan sampai ingat lidah pembangkang macam lidah Rasulullah, ‘jadi kafir’ kalau tak percaya

Komen terhadap isu kehakiman yang saya bangkitkan. Panjanglah pulak untuk copy dan paste: Saya bahagikan sahaja:

"Keyakinan kepada system kehakiman dan keselamatan sangat fatal dalam sesebuah Negara. Jika rakyat sendiri waswas, apatah lagi dengan pelabur2 asing. Sebagai catatan, banyak pelabur luar yg membuat perjanjian perniagaan mereka di negara2 luar seperti di Singapore dan Hong Kong kerana kurang yakin dgn sistem kehakiman di Negara kita; so siapa yg kita nak salahkan??"


Jawapan saya:

Krisis kehakiman kononnya bermula zaman Tun Mahathir lagi. Pelaburan pesat je zaman Tun Mahathir. Rakyat selama ini hidup bahagia je pun. Memanglah ada masalah. Bagi saya, krisis kehakiman di dunia ini tetap tidak akan baik jika tidak kembali kepada sistem kehakiman Islam. Mudah-mudahan ALLAH beri hidayah kepada pemimpin-pemimpin negara supaya mengambil sistem ini. International Criminal Judge pun bias kepada Yahudi, contohnya mereka sanggup nak dakwa presiden Sudan atas jenayah perang, tapi Shimon Perez, presiden israel lepas je… Rakyat dunia patut berasa tak yakin dengan bumi ini… Cari planet lainlah ( Wise should get what I meant from the joke) Apa pun, Rakyat dan Pelabur asing terkesan dengan propaganda-propaganda pembangkang, sebab tu diorang lari keluar. Pembangkang pun boleh harap sangat ke dalam mengubah kerajaan yang dianggap buruk ni. Belum 1 tahun memerintah, dah jadi macam2 hal. Ada yang kene tangkap atas tuduhan rasuah mcm bekas TKM Pulau Pinang ( Uish, silap. Diorang TAK AKAN BERSALAH SAMPAI BILA-BILA KERANA DIORANG PEMBANGKANG, KALAU KERAJAAN, BARU DENGAR GOSSIP JE, DAH CONFIRM SALAH) Hehe. Sila lihat video ini. Pengakuan bekas ahli PKR.
Saya teringat kawan saya kata “ PKR ini baru lagi, tak tau macam mana nak ambil rasuah. UMNO dah lama pandai. Sebab tu PKR banyak awal2 lagi dah kena tangkap atas tuduhan rasuah. Dua kali lima. Choose lesser of two evils” – ni pendapat dia.

Komen dia tentang kes Kugan, Altantuya dan sebagainya.

Jawapan saya:

Saya tak mahu komen lanjut. Mudah-mudahan ALLAH memenangkan yang benar. Cuma kalau hanya kes-kes ini, dah wajarkah nak tumbangkan kerajaan? Saya akan jawab ini dalam artikel saya ‘ Ketaatan dan Kesetiaan kepada Kerajaan Muslim, Perintah dari Langit’. Apa pun hujah-hujah yang kawan saya cakap ini tidak ada kaitan langsung dengan statement saya yang bertujuan supaya orang ramai tidak menganggap setiap tuduhan atas pembangkang semuanya salah,dan tuduhan terhadap kerajaan semuanya benar… Itu sahaja. Bukannya saya me’maksum’kan sistem polis dan hakim. Dia pun setuju ada lagi polis dan hakim baik. Kalau nk kata banyak tak baik, ada bukti ke nisbahnya? Understand the issue first.

Komen tentang taktik pembangkang membangkitkan isu-isu berhubung kontrak sosial.

Jawapan saya:

Kawan saya ni seolah-olah mengatakan kerajaan yang tak berpegang kontrak sosial dengan pelbagai contoh-contoh sampai isu tulisan jawi pun ada. Saya nak tengok jugaklah ‘Suara Keadilan versi jawi’ lepas ni (uupss… lupa plak. Nanti kena letak versi Mandarin dan Tamil pulak). Isu-isu ini tak berbaloi untuk ditelagahkan secara politik. Mungkin kotrak sosial yang difamami rakan saya lain dengan yang saya maksudkan. Saya malas nak jawab panjang-panjang. Sila lihat link di bawah:
chedet

Kalau isu selamatkan bahasa melayu berhubung dengan perjuangan pembangkang menentang PPSMI.
Jawapan saya:
Saya rasa tidak ada jawapan yang lebih baik daripada jawapan Tun Mahathir.
PPSMI 2
PPSMI 1

Komen tentang isu rampas-rampas kuasa. Rakan saya tu rupanya tidak bersetuju dengan DSAI nak rampas kuasa 16 September.


Jawapan saya:

Saya pun sebenarnya setelah melihat buah fikiran Dr. Mahathir, insaf bahawa rampasan kuasa di Perak tidak wajar. Kerajaan memang tamakkan kuasa. DSAI pun sama. Dua-dua pun tamakkan kuasa. Gajah sama gajah berlaga (kerajaan dan pembangkang), pelanduk (rakyat) mati di tengah-tengah. Harap-harap kerajaan Najib tak buat hal itu lagi.

Ini pun jadi isu member saya tu apabila saya komen pasal status ym dia; Tak perlu cakap seorang anak ahli pembangkang! Cakap aja nama aku: Zahril akmal usaili.

Jawapan saya:

Wahai saudara "Akmal", bukan semua pengunjung blog saya kenal anda. Juga tidak berniat nak promote nama anda di blog saya. Maaf ye…

Isu tentang rakyat pulak, tak perlu komen panjang-panjang kot

Pendapatan perkapita penduduk dan kadar kemiskinan di negara kita dah bertambah baik dari sejak merdeka. So tak boleh lah nak kata perjuangan kerajaan langsung tak mewakili rakyat. BN still majoriti. Pembangkang menang di negeri-negeri kaya (kecuali Kelantan). BN menang di negeri-negeri yang penduduknya kurang kaya. Hal ini menunjukkan rakyat kelas pertengahan still favour BN. Mojoriti pun BN. BN kerajaan rakyat. As always I say, there is still room for improvement. You cannot aspect government to be too perfect. We live in multiracial country. Please see what Tun Mahathir said during his campaign in Bukit Gantang. At least, it has wooed some of Malay vote to increase to support BN. Kalau kerajaan betul2 bagi hanya pada kroni-kroninya, saya pun tak setuju tindakan itu. Akan tetapi, ada je kroni pembangkang pun dapat scholarship (owh lupa, dia dapat scholar bukan kerana kerajaan bagi atas keadilan, tapi dia dapat hanya semata-mata dia pandai)


Akhir sekali komen tentang hadis yang saya sertakan dalam artikel saya:
Hadis ini menyatakan selama mana mereka MENEGAKKAN solat..

"Alhamdulillah baru tadi Ust Muchlis di pengajian masjid Nurul Hikmah memberitahu perbezaan antara MENEGAKKAN solat dan MENDIRIKAN solat... Pertanyaan aku adakah pemimpin Negara kita benar2 menegakkan solat? Sehingga ia tergambar dalam polisi2 pemerintahan mereka?

Lagi satu; bila parlimen atau DUN sudah dibubarkan, bukankah secara automatic tidak ada kerajaan? So tak timbul masalah kita menjatuhkan kerajaan, sebab kerajaan itu memang sudah tidak ada!. Kita dalam proses mendirikan dan memilih kerajaan, so pemimpin yg beriman dan bertaqwa serta berkaliber perlu diutamakan..."


Jawapan saya:

Alhamdulillah. Nampaknya member saya yg pada mulanya keliru kerana hadis-hadis nabi yang melarang menjatuhkan pemimpin Islam dah lega. Lega kerana ada Ustaz memberi penjelasan yang sesuai dengan ‘fatwa hati’nya. Kalau penjelasan Ust Muchlis tak favour pada perjuangan ayahnya mungkin dia akan terus keliru. Saya akan membawa jawapan dan compilation hujjah dari para Ulama’ yang membantah pengertian itu dalam artikel ‘Ketaatan dan Kesetiaan Terhadap Pemimpin Islam: Perintah dari Langit’. Sungguhpun ada yang menganggap saya bukan ahli dalam agama, saya setuju. Saya cuma nak bantu sampaikan sahaja penjelasan-penjelasan para Ulama’. Kalau nak suruh Ulama’ jawab "blog Akmal" atau secara langsung, susah kot. Mereka telah mengajar dalam majlis pengajian, menjadi tanggungjawab anak-anak muridnya menyampaikan pada orang lain tentang Sabda-Sabda nabi ini selari dengan hadis Nabi (Sampaikanlah dariku walau satu ayat). HR Bukhari.

Isu parlimen dan DUN bubar dan tiada kerajaan pun akan saya terangkan. Tapi nak tanya apa cerita pulak pengikut-pengikut PR kuat berdemo menentang kerajaan?. Sila lihat YouTube dari sunnahmania untuk menilai tindakan-tindakan terutama orang-orang PKR ni menurut syariat. Dan dengar MP3 SYEIKH Abdul Hakim Amir Abdat tentang berdemo ni. Saya tak nak ambil risiko nak cuba kerajaan PR. Kerana seburuk-buruk kerajaan BN belum ada indikasi untuk ditukar. Saya tak ingin memperjudikan masa depan negara dengan menjatuhkan kerajaan BN dan serah kepada PR.

Boleh baca kometar penuh dia, di blog www.zahrilakmal.blogspot.com Akhir kata, saya tak inginlah nak jawab-menjawab lagi kalau jawapan saya dikomen lagi oleh sesiapa. Perjuangan saya bukanlah nak membela kerajaan, tetapi membela sunnah disebalik interaksi kita dengan pemerintah Islam. Saya nak perjuangkan Al-Qur’an dan Sunnah mengikut Manhaj Salafus Soleh. Kerana manhaj dan jalan Salafus Soleh adalah satu-satunya jalan selamat. Selagi mana kita berpecah dalam memahami agama dengan manhaj nabi dan sahabat iaitu Sirotol Mustaqim (Sila lihat kuliah Syeikh Zainal Abidin; Gigitlah Sunnah), selagi itu urusan-urusan lain pun kita akan berpecah. Firman ALLAH, (Surah Al-An’am 6:153)

"وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ"
( Sesungguhnya ini jalan lurus. Ikutilah ia. Dan jangan kamu ikut jalan-jalan lain maka kamu akan berpecah. Dan ini wasiat aku kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa)

Saya juga tidak berminat dengan politik berparti ni, kebetulan kerajaan Malaysia pun ada partinya. Cenderung pada kerajaan tak semestinya menunjukkan pendirian saya terhadap parti. Kalau suatu ketika dengan izin ALLAH jatuhnya BN dan PAS naik, saya akan tetap setia dengan kerajaan. PKR dengan DAP ( PKR = Parti yang didokong kuat ekstrimis Hindu Hindraf dan DAP parti Musyrik), belum tentu saya akan setia, tengoklah macam mana. Siapa yang menjadi tuan dan mendominasi parti mereka, Muslim atau kafir. Saya sokong BN pun kerana, UMNO dominan. Kalau MIC atau MCA yang dominan, tidak sama sekali. Saya memohon maaf jika artikel ini mengguris hati sesiapa. Kalau tak puas hati marilah berbincang dengan baik. Salam…

Currently have 0 comments: