.
Latest News

Siapa Nasim??

Sunday, April 19, 2009 , Posted by sunnahmania at Sunday, April 19, 2009

Siapa Nasim?
Siapa Nasim,
Hanya insan biasa,
Berlegar di alam buana,
Mengharungi hidup merentas usia,
Seorang yang terlebih sasa,
Suka bercanda,
Secara fitrahnya,
Sama dengan anda semua,


Tapi,
Nasim ini,
dahulu tertipu agamanya,

Ditindas pemikirannya,
Dibelenggu kebebasannya,
Ditahan dari mendengar Firman Tuhannya,
Di elak dari menghayati sabda Rasulnya,


Nasim ini,
Dahulunya ditambat dengan taqlid,
Buta kerana kejahilan,
Dihimpit dengan tradisi,
Hangus kerana semangat yang tidak tahu asal membaranya
Terpenjara dengan fanatik,


Nasim ini,
Ingin mencari kebenaran Agama,
Memperjuangankan kebebasan mengikut Sunnah,
Memartabatkan pemikiran yang Haq dari salaful ummah,
Sanggup bergelut asalkan dapat mendengar langsung Firman ALLAH,
Rela bergulat asalkan dapat menghayati terus sabda Rasulullah,


Nasim ini,
Ingin merungkai taqlid dengan ittiba’,
Mencelikkan mata dengan ilmu,
Meluaskan lapangan hidup dengan Islam yang murni,
Menyalakan api perjuangan dengan wahyu Ilahi,
Memboloskan diri dari penjara fanatik kepada pemahaman yang suci.

Nasim ini,
Bukannya nama seorang insan semata,
Tapi tamsilan ummat sebahagiannya,
Salahkah Nasim ini menyelamatkan orang lain,
Dari terus menjadi ‘nasim’ dulu kepada ‘nasim’ sekarang?

Jika ini tamsilan Nasim?
Siapakah pula engkau???
Wahai …..! (nama seorang manusia yg pernah mempertikai usaha dakwah aku dgn perkataan siapa nasim ni (utk bawa dakwah)? )

By Holyprince

Currently have 0 comments: